Chicken Chop Western Food D'Madinah Corner Kulim

Hari ni aku nak review western restoran yang femes kat Kulim. Bagi aku klu dekat kulim ni mudah ja nak dapatkan makanan western. Merata corok ada. Sebagai anak jati Kulim, so tak salahkan aku nak gemparkan makanan special yang ada di sini. Dengaq cam seriuzzz ja...


Hehehehe!!!! Korang besa dengaq D'Madinah Corner, Kulim. Kalau tak tahu saya akan kongsikan. Sebenarnya d'Madinah ni ada cawangan kat daerah yang lain, iaitu Sungai Petani, Kepala Batas. So, aku nak review yang kat sini ja. Terletak dekat dengan TESCO Kulim, di atas restoran tu ada tempat gym, so mudah sikit orang nak pergi tempat tu. Strategik place!

Apa keistimewaannya di sini adalah makanan dihidangkan dalam talam dengan siraman sos lada hitamnya 'melaut' ke atas chicken chop dan lamb chop. Kalau korang amek set keluarga yang hanya RM55 setalam, korang boleh makan dalam 4 atau 5 orang dengan nikmati pelbagai hidangan barat seperti chicken chop, lamb shop, daging burger, jejari ayam, roti bakar telur cair, sosej, kentang goreng, coleslaw dan satu jug teh O ais atau sirap. Bagi aku hidangan ni dah cukup puas untuk seisi keluarga.

Kalau kat sini, aku cukup suka amek chicken chop atau lamb shop yang berharga RM10. Dah puas tuk sorang. Bagi aku makanannya memang boleh tahan. Korang amek yang RM10 ni, ada makanan lain seperti jejari ayam, kentang goreng, roti bakar telur cair, coleslaw dan minuman teh O ais atau sirap. Sama ja macam hidangan setalam, yang bezanya adalah kuantiti.


Apa yang tertarik bagi aku di restoran d'Madinah adalah set roti bakar telur cair "telur berdeney" sangatlah enak dengan siraman sos cili dan mayonis gabungan yang sangat sesuai dimakan. Coleslaw pulak bagi aku rasanya hampir macam KFC. Entah lah macam mana resepi mereka rasanya sama.

Kalau korang nak cuba di sini, boleh lah cari di Kulim, terletak di Taman Cengal Indah yang berhampiran dengan TESCO.


1 comment... add one now

Nina Mirza Nina Mirza September 24, 2016
Menarik..!! Harga berpatutan
Sayangnya jauh... Nina kat KL
kalau tak dah pi makan sana
Masuk list klu pi jalan sana