Cara Tanggalkan Road Tax Tanpa Meninggalkan Kesan Gam Pada Cermin Kereta

Selepas setahun, road tax pada cermin kereta pastinya perlu ditanggalkan bagi menggantikan dengan road tax yang baru.
Nak tanggalkan road tax tu memanglah mudah, tapi yang menyampahnya bila kesan gam road tax tu masih melekat pada cermin kereta anda.
Dah jangan stress! Berikut merupakan tips untuk menanggalkan road tax tanpa meninggalkan kesan gam pada cermin kereta anda:
1. Rendam kain dengan air panas.
2.Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan.
3.Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.
4.Selepas 5-10 minit. tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan.
5. Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.


Sumber FB Debu Putih

1 comment... add one now

Abam Kie Abam Kie Ogos 23, 2016
thanks for the info. thn dpn boleh guna petua ni..