Bocor! Spesifikasi dan Gambar Proton Persona 2016



Ura-ura Proton Persona 2016 bakal dikeluarkan Ogos ini akhirnya terbongkar gambar dan spesifikasi dilancarkan selepas Proton Perdana 2016. Ia asal dari platform model Proton Iriz, cuma Proton Persona 2016 ditranformasi daripada hatchback kompak (Iriz) kepada versi sedan.

Kalau diperhatikan, Persona 2016 tak jauh berbeza dengan Iriz tapi apa yang menariknya iaitu bumper hadapan mempunyai keistimewaan dengan rekaan tersendiri.




Apa spesifikasinya, varian dan ciri-ciri terbaharu dalam Proton Persona 2016?

Bagi Proton Persona 2016 ditawarkan kepada empat varian iaitu ;

1. Standard 
2. Executive 
3. Premium 
4. Premium SE 

Spesifikasi setiap varian ;

1. Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT 

Enjin 1.6 liter VVT
107 hp pada 5,750 rpm, 150 Nm pada 4,000 rpm
5.6 l/100 km bagi 5MT (90 km/j)
6.1 l/100 km bagi CVT (90 km/j)
Ecodrive Assist
Lampu utama Reflector halogen (tinggi boleh laras)
Lampu kabus belakang
Sensor parkir depan dan belakang
Rim 15-incikelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer)
Cermin sisi dan pemegang pintu tidak dicat
Cermin sisi elektrik
B-pillar warna badan
Kunci Remote dan penghidup enjin dengan kunci
Unit audio Single-DIN & Bluetooth
Tempat duduk fabrik
Tempat duduk boleh dinaikkan
Kapasiti but belakag 510 liter
Tempat duduk kanak-kanak Isofix
2 beg udara
ABS dengan EBD dan BA
Vehicle Stability Control (VSC)
Hill-hold assist
Brek cakera depan, brek dram belakang
Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT
Tambahan:
Lampu kabus depan
Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
Spoiler but belakang
Unit audio Double-DIN & Bluetooth
Konsol tengah warna kelabu berkilat
Port mengecaj USB
60:40 lipatan kerusi belakang
Trim pintu fabrik
Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT
Tambahan:
Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
B-pillar hitam
Masukan tanpa kunci dengan butang penghidup
Unit skrin sentih (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur
Tempat duduk dan stereng kulit
Trim pintu kulit
Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat
6 beg udara
Proton Persona 2016 1.6 Premium SE CVT
Tambahan:
Bodykit dwi tona menyeluruh
2016 Proton Persona BM 2
Di bahagian luar, semua varian menggunakan lampu utama jenisreflector tanpa lampu nyalaan siang (DRL). Lampu belakang juga menggunakan bulb biasa dan bukannya LED. Sama seperti Iriz dan Perdana, pada bahagian dalam lampu depan tertera jenama Proton.
Persoalannya, adakah Persona 2016 versi Iriz dapat menarik orang ramai untuk dijadikan kereta idaman mereka? 
Kredit : paultan.org 

0 comment... add one now