Biar Betul Biji Durian Boleh Makan? Nah Ini Cara-Cara Nak Masak Kerepek Biji Durian


Sekarang kan musim durian, orang ramai sudah semestinya berpesta dengan menikmati buah durian dengan harga yang murah. Kalau dah isi lemak manis siapa je yang tak suka dengan raja segala buah ni kan. Tapi korang tahu tak sebenarnya biji durian pun boleh dijadikan makanan? Pernah dengar kerepek biji durian? Kata orang ramai, rasanya sangat rangup dan lebih sedap dari kerepek kentang. Haa, kami sendiri pun baru tahu rupanya wujud kerepak biji durian ni. Resepi ini dikongsi oleh Puan Zakiah Abdullah yang berkongsi cara-cara untuk membuat kerepek dengan memakai biji durian. Korang tengok dekat bawah ni. Haa lepas ni dah habis makan durian jangan buang dulu biji tu okay? Simpan dan jadikan kerepek. Senang jer ! 

1) Rendam Biji Durian

Rendam semalaman untuk cuci lebihan isi yang masih melekat pada biji durian

2) Keringkan

Lepas dah rendam, keringkan. Jemur biji durian biar kering jika tidak, biji ini akan berlendir.

3) Sagat

Korang guna penyagat atau peeler ( alat untuk hiris)  untuk dapatkan kepingan halus. Korang boleh tengok contoh biji durian yang sudah disagat dekat bawah ni:

4)Goreng

Dah siap sagat, korang goreng sampai dah nampak kekuningan, boleh angkat dan hidang dalam bekas.

5) Letak perasa


Kalau nak rasa pedas atau masin, korang boleh letak perisa yang korang suka atau pun garam.  Letak dan gaul sampai rata. Tadaaa siap dan boleh dimakan! Senang je kan? hehe

Sumber siraplimau, Puan Zakiah Abdullah

0 comment... add one now