Beliawanis ‘Balas’ Surat Terbuka Da’i Wan Buat Pendakwah Itu Terpana!

JIKA beberapa hari lalu viral mengenai surat terbuka daripada seorang finalis program dakwah iaitu Da’i Wan atau Wan Dazrin Wan Din ditujukan kepada pelakon, Uqasha Senrose berikutan keputusannya membuka hijab.

Kini viral pula surat terbuka daripada seorang netizen ditujukan khas kepada Da’i Wan. Surat itu ditulis oleh Ketua Beliawanis, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Khairunnisa Mazlan.
Beliawanis 'Balas' Surat Terbuka Da'i Wan
KETUA BELIAWANIS, PEMBINA, KHAIRUNNISA BINTI MAZLAN.
Menerusi surat tersebut, Khairunnisa menyatakan kekesalannya terhadap Da’i Wan atas surat terbukanya kepada pelakon Uqasha Senrose yang dirasakan sebagai satu bentuk luahan perasaan dan bukannya nasihat.
“Saya keliru sebenarnya saudara cuba menyampaikan mesej dakwah pada wanita berkenaan atau sedang mengorat, memancing cinta wanita berkenaan atau mencari perhatian netizen,” tulisnya.
Selain itu, Khairunnisa memberitahu bahawa pendekatan yang digunakan oleh Da’i Wan adalah tidak matang dan mampu mengundang fitnah kepada dirinya sebagai seorang pendakwah.
Beliawanis 'Balas' Surat Terbuka Da'i Wan

Tambahnya lagi, tindakan dan ketidakmatangan Da’i Wan dalam berdakwah boleh mencemarkan imej Muslim yang lain yang ingin berdakwah.
“Saya kesal dengan akhlak dan tindakan saudara yang mencemarkan imej seorang Muslim yang ingin berdakwah. Matlamat tidak menghalalkan cara.
“Matlamat untuk menyampaikan dakwah tidak menghalalkan anda menulis ayat-ayat sedemikian yang tidak layak bagi seorang Da’i,”ujarnya tegas.
Dalam pada itu, Khairunnisa turut menyeru kepada Da’i Wan untukdelete semua ‘surat-surat cintanya’ kepada Uqasha dari laman sosial agar ia tidak terus tersebar dan menjadi fitnah. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now