Bahaya Tertidur Beberapa Saat Atau 'Micro Sleep' Ketika Memandu. Ini Yang Perlu Anda Tahu!


Mikro sleep adalah keadaan di mana kita akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Mikro sleep ini pula terjadi di tempat yang tak sepatutnya terutamanya sewaktu memandu yang sangat membahayakan. Ketika memandu ini kita paksa diri kita untuk berjaya dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat! 
Mikro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu. 
Simptom-simptom mikro sleep
  • Tersengguk-sengguk
  • Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
  • Mata terkebil-kebil 
  • Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
  • Tak boleh nak fokus
Faktor berlakunya mikro sleep
Paling utama berlakunya mikro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya. 
Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar untuk nap atau minum. 

0 comment... add one now