Badan Berjerawat? Ketahui Punca Dan Cara Untuk Hilangkan



Kehadiran jerawat pada muka atau di anggota badan lain bukan sahaja disebabkan horman yang tak stabil ,datang haid dan sebagainya. Malah masih banyak lagi punca yang korang harus ketahui. Kadang-kadang, mungkin disebabkan salah guna produk, keadaan sekeliling yang kotor dan banyak lagi. Hari ini, kami ada info penting untuk korang yang ada masalah jerawat tumbuh di badan. Beberapa punca dan cara untuk menghilangkannya yang perlu korang tahu. Lepas ni , sama-sama lah beringat okay! Kalau nak tahu baca dekat bawah okay
 
Keturunan
Penggunaan pil perancang, ubat steroid dan Vitamin B12.
Produk yang tidak sesuai.
Pakaian terlalu ketat dan material pakaian yang tidak menyerap peluh.
Stres dan gangguan emosi juga mendorong kepada pertumbuhan jerawat.
Pencemaran antara punca jerawat pada tubuh.
Tidak menjaga kebersihan tubuh.

Cara-cara untuk mengatasi:

Lulur Putih Telur + Timun

Bahan-bahan yang korang perlu sediakan

Telur ayam kampung - ambil bahagian putih sahaja
Timun - dipotong kecil

Cara-caraa untuk membuatnya ialah:

Kisar timun kemudian campurkan dengan putih telur.
Kacau sehingga sebati, kemudian oles pada bahagian yang ditumbuhi jerawat.
Biarkan lulur kering, cuci dengan air suam.

Tip Penting

Bagi mendapatkan hasil terbaik, mandi menggunakan sabun antibakteria. Kemudian barulah oles lulur. Lakukan petua ini dua kali seminggu, jerawat akan kering dan tidak meninggalkan parut.


Gula Pasir + Yogurt

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:

Gula pasir
Yogurt original

Cara-cara untuk membuatnya ialah:

Gaulkan dua bahan ini, kemudian oles pada tubuh secara perlahan-lahan.
Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam.

Info Penting:-

Kombinasi bahan ini bukan sahaja merawat jerawat malah ia membantu menjadikan kulit badan licin, halus dan cerah.


Khasiat Lendir Lidah Buaya

Bahan yang perlu anda sediakan ialah:

Lidah buaya - potong kepada dua bahagian, ambil lendirnya

Cara-cara untuk rawatan:

Sapukan lendir lidah buaya pada bahagian berjerawat, biarkan kering.
Kemudian bilas dengan air bersih. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut.

Info penting:

Jangan sampai terkena bahagian daun lidah buaya kerana boleh menyebabkan kulit menjadi gatal atau miang.

0 comment... add one now