Azizulhasni Menang Pingat Gangsa Acara Keirin Di Olimpik Rio 2016


Pakar keirin negara, Azizulhasni Awang melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik apabila meraih gangsa di Velodrom Olimpik Rio, sebentar tadi.
Kejayaan itu harus bermakna buat pelumba berusia 28 tahun yang digelar The Rocketpocketman itu selepas gagal dalam dua percubaan di Beijing 2008 dan London 2012.
Gangsa yang dimenangi pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu juga adalah pingat kedua yang diraih kontinjen negara selepas penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon memenangi perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

0 comment... add one now