Apa Sebab Bantal Jadi Kuning Dan "Berpeta"? Ini Caranya Memutihkan Kembali Kepada Asal!

Setiap kali menukar sarung bantal anda mungkin mendapati bantal anda bukan lagi berwarna putih tetapi ianya kekuningan yang disebabkan kelembapan akibat peluh sewaktu kita tidur. Pasti anda tercari - cari bagaimana nak hilangkan kesan kuning pada bantal anda kan? Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu ikut cara dibawah ni.
Cara Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan
1) Pertama sekali anda perlu semak label pada bantal, sama ada bantal itu boleh dicuci dalam mesin basuh atau tidak. Jika boleh, anda perlulah sediakan 5 jenis bahan ini:
Bahan-bahan yang diperlukan
Air panas
1 cawan cecair sabun pembersih baju/detergen
1 cawan serbuk pembersih baju
1 cawan Cecair peluntur
½ cawan Borax
2) Isikan 1/3 mesin basuh dengan air panas dan masukkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.
3) Tekan butang Mula dan biarkan semua bahan-bahan yang dimasukan tadi larut dengan air.
4) Selepas beberapa minit, barulah masukkan bantal. Maksimum cuci dua bantal sahaja, jangan lebih. Sebab kalau mesin terlalu penuh nanti bantal tak dapat dicuci dengan bersih.
5) Tambahkan lagi air panas.
6) Tetapkan cucian sebanyak dua kali sahaja pada mesin basuh.
7) Setelah bantal siap dicuci. Anda bolehlah gunakan mesin pengering untuk keringkan bantal. Ataupun keringkan sahaja di laman rumah. Seeloknya keringkan ketika cuaca panas terik agar bantal tersebut dapat kering luar dan dalam.
Sumber notawanita.com.

0 comment... add one now