Apa itu domain dan hosting?


Baru dua hari lepas blog aku dah ada domain sendiri yang dikatakan lebih nampak profesional. Aku rasanya memang berhak miliki sebabnya pageview pun dah lebeh setengah juta. Tapi, ada yang masih tertanya-tanya, apa itu domain? Dan hosting....

Aku akan cuba jawab persoalan itu, lebih lanjut apa itu domain dan hosting? Sebab kedua-keduanya berkait tapi ada perbezaannya.

Apa itu domain ?


Domain nih macam alamat laman web anda. Contoh korang ad rumah, mesti ada alamat sendiri, macam tu jugak laman web korang mesti kena ada alamat sendiri. Untuk buat pemilihan domain bukan senang, sebabnya korang perlu memikir nama domain yang bagus, ringkas, ciri keyword yang hebat dan mudah ingat and search.

Contoh sebelum nih aku guna lokmanamirul.blogspot.com, serius nampak panjang sebab adanya 'blogspot'. Lani berubah dengan lebih simple dan mudah ditaip, seperti lokmanamirul.com. Pemilihan domain perlu relevan contohnya kalau korang guna nama www.bloggermantap.com, cuba lihat persaingan pada page pertama sangat sengit, sekaligus nama domain korang mungkin berada di pages 2, 3 atau....automatik visitors akan terlepas pandang blog anda.

Apa itu hosting?



Hosting pula fungsinya untuk menyimpan segala data2 mengenai laman web anda. Contoh, seperti rumah anda mesti ada peti surat untuk simpanan surat anda. Macam tu jugak hosting simpan data2 website anda. Dengan ada hosting ini, anda boleh simpan fail, teks, gambar dan segala kandungan dalam laman web anda.

Bagi yang masih memikirkan pasal domain and hosting, better kedua-dua korang ambil. Segala ada kesilapan saya mohon maaf.



0 comment... add one now