Along Cham Enggan Ulas Isu Isteri Dicekup Berkhalwat Teman Lelakinya, Lihat Reaksinya!


PELAWAK Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin ahmad, 33, menintan agar diberikan privasi ketika diminta untuk mengulas tentang kejadian isterinya Zeela Seeron yang dilaporkan ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada pagi Sabtu lalu.
“Saya perlukan privasi”, kata Along melalui aplikasi Whatsapp ketika ditanya mengenai perkara tersebut, semalam.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi wanita yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan pelawak telah ditahan disyaki berkhalwat bersama teman lelakinya di Bukit Jalil.
Ketika serbuan, penguatkuasa JAWI meminta kerjasama untuk membuka pintu sebelum seorang lelaki membuka dan menutup kembali pintu rumah tersebut.
Selepas menunggu selama 30 minit untuk pintu dibuka semula tetapi tidak mendapat kerjasama dari empunya rumah, pintu tersebut terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dijalankan.
Zila yang disyaki berkhalwat oleh Jawi dan ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam sebuah bilik, manakala seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jawi.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. -MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now