Aksi Usain Bolt sempat 'berborak' pesaingnya dari Kanada jadi viral netizen


Hanya Usain anak Pak Bolt yang mampu melakukan perkara seperti ini.

Menurut laporan berita, dalam perlumbaan separuh akhir 200 meter Olimpik lelaki yang berlangsung kelmarin, Usain Bolt dilihat sempat 'berborak' dengan pesaingnya dari Canada kira kira 10 meter menghampiri garisan penamat.


Menurut Usain Bolt, beliau bertanya pada pencabarnya itu, " Apa yang kamu lakukan? Ini hanyalah separuh akhir ?" ( sudahpun layak ke akhir, tidak perlu kerah tenaga mengejarnya).

Jawab pesaingnya, " Saya perlu kerah anda untuk berlari lebih laju lagi."

Boleh berborak sambil berlumba.

Simply hebat.

Dari sudut iktibar, dalam hidup ini adakalanya kita memerlukan seseorang untuk mencabar diri kita untuk terus menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Sumber : Mazlan Mohamad

0 comment... add one now