Ada Apa Disebalik Pingat Emas Olimpik? Adakah ianya benar-benar bersalut emas?

Olimpik adalah temasya sukan yang paling berprestij dan dinantikan oleh atlet seluruh dunia termasuk Malaysia. Jika seseorang itu berjaya memenangi pingat emas di Olimpik maka dia dikategorikan sebagai paling handal dalam sukan tersebut. Sebab itu bila Usain Bolt menang pingat emas beliau dinobat sebagai lelaki paling laju di dunia. 
Tapi apa yang ada disebalik pingat emas Olimpik? Adakah ianya benar-benar bersalut emas? Berapakah nilai pingat emas Sukan Olimpik?
Emas di setiap pingat emas Olimpik hanya bernilai RM 2340 namun bagi atlet ianya terlalu bernilai kerana ia membawa maksud kegemilangan dan kebanggaan buat negara tercinta.
Pingat emas seberat 500 gram yang dimenangi Usain Bolt, Michael Phelps dan Simone Biles sebenarnya mengandungi 99 peratus perak kitar semula, hanya ada 1.2 peratus emas yang menyalut pingat berkenaan, bernilai RM 2337. 
“Ia (pingat) adalah penghormatan dan tanggungjawab yang hebat,” kata Pengarah Kilang Syiling Kebangsaan Brazil di Rio de Jenerio, Victor Hugo Berbert.
Bagaimanapun, setiap satu daripada pingat emas Olimpik dan Paralimpik mengambil masa 48jam bersamaan dua hari untuk dihasilkan. Kali terakhir pingat emas Olimpik yang 100% tulen daripada emas adalah pada Olimpik 1912 di Stockholm, Sweden. 

0 comment... add one now