9 Tanda Pada Lelaki Yang Tak Sesuai Dijadikan Pasangan Hidup


Ramai perempuan yang pastinya punya impian untuk memiliki lelaki yang memenuhi ciri-ciri lelaki idaman mereka. Tapi biasalah hubungan tak selalu semuanya indah betul tak? Kadang-kadang masa nak mengurat semuanya baik indah. Tapi lepas dah dapat semuanya jadi tak betul.
Jadi nak elakkan korang tersalah pilih pasangan meh sini tengok tanda-tanda yang ada pada lelaki yang korang kena elakkan jadi pasangan hidup.
1. Kalau dia selalu lewat atau terus cancel kan temu janji korang.

2. Ayat manis. Nak sedapkan hati macam-macam janji tapi sebenarnya langsung tak pernah nak tunaikan janji. Ingat, action speaks better than words
3. Korang tak happy pun bila ada dengan dia. Keluar tak tahu nak borak apa, korang tak jadi diri sendiri bila bersamanya. Elakkan!
4. Nama pun lelaki memang pantang tengok perempuan kan. Tapi kalau dah sampai asyik cakap pasal perempuan lain depan korang. Hmm, dah boleh angkat kaki.
5. PALING PENTING! Memang la sekarang zaman smartphone, tapi be smart ! Kalau setiap kali keluar dia asyik mengadap phone dengan Whatsapp. Langsung tak kisahkan korang yang ada depan dia ni. Apa maknanya tu? Lagi rela layan Whatsapp dari korang, nampak sangat korang tak penting pun. 
6. Hubungan dah bertahun-tahun tapi korang tak tahu banyak pun pasal dia. Macam ada sesuatu yang disembunyikan. Baik siasat. Atau tinggalkan saja.
7. Lelaki yang tak ingat langsung tarikh penting buat korang contohnya tarikh hari jadi. Jangankan nak sambut, tarikh lahir pun tak ingat?
8. Lelaki yang cemburu dengan apa yang korang buat, dengan siapa korang berkawan. Tapi bila ajak cakap pasal kahwin ada je alasan dia. Tak sedia lagi lah, tak ada duit lah. 
9. Kalau dah bertahun-tahun korang kenal tapi tak ada sekali pun dia bawa korang jumpa keluarganya. Hmm fikir balik dia serius ke tak?

0 comment... add one now