8 Tips Untuk Nampak Lebih Cantik Selepas Bangun Tidur

shutterstock_34495273-750x656
Tidakkah anda mahu kelihatan cantik apabila bangun dari tidur? Mata yang segar, kulit yang sihat, rambut yang cantik walaupun anda belum mandi. Ramai yang suka mengabaikan rutin penting yang perlu mereka lakukan sebelum tidur tetapi inginkan kulit yang cantik selepas bangun tidur? Lakukan beberapa petua dibawah untuk kelihatan lebih menarik apabila bangun dari tidur. Ada beberapa petua yang mungkin anda biasa lakukan dan ada juga yang boleh anda cuba!
1. Pergi ke katil dengan muka yang bersih
Amalkan tabiat mencuci muka sebelum anda pergi ke tidur. Jika anda pergi ke katil dengan muka berminyak atau kotoran yang melekat pada liang pori wajah anda, anda mungkin bangun dengan jerawat di muka. Gunakan pembersih yang baik untuk menghilangkan kotoran pada kulit anda. Jika anda memakai alat solek, gunakan pembersih wajah khas untuk membuang solekan pada wajah anda.
2. Pakai pelembap wajah 
Pembersihan wajah tidak mencukupi. Pelembap adalah satu kemestian. Kajian mengatakan bahawa kulit anda adalah lebih aktif apabila anda tidur pada waktu malam. Ini adalah masa yang tepat untuk menggunakan pelembap yang baik dan biarkan ia pada kulit anda apabila anda tidur. Pagi yang indah adalah apabila anda bangun pada waktu pagi dan lihat wajah anda di cermin, anda akan menyedari yang anda mempunyai kulit yang semakin cantik dan lembut.
3. Sapukan lipbalm/ pelembap bibir 

Menghidratkan kulit sahaja tidak mencukupi. Jika anda mahu bibir munggil dan lembut pada waktu pagi,adalah penting bahawa anda melembapkan bibir anda juga. Gunakan pelembap bibir yang baik sebelum anda masuk tidur. Anda juga boleh cuba produk yang mudah, murah dan semula jadi seperti minyak Bio Oil dan bukannya salap bibir.
4. Berus dan flos gigi anda
Kuman lebih aktif pada waktu malam, maka ia adalah sangat penting untuk memberus gigi anda sebelum anda pergi ke tidur. Juga pastikan bahawa anda flos gigi anda supaya anda dapat senyuman yang menawan apabila anda bangun pada waktu pagi.
5. Berus rambut anda sebelum anda tidur

Jika anda pergi tidur dengan rambut yang mengerbang dan tidak disikat, anda akan bangun di waktu pagi dengan rambut yang lebih kusut dari biasa. Ini akan membawa kepada kerosakan rambut apabila anda cuba untuk menghilangkan simpulan rambut yang kusut pada waktu pagi. Sebaiknya gunakan berus yang besar untuk menguraikan kusut masai rambut anda.
6. Ikat rambut anda pada waktu malam
Anda boleh ikat rambut anda dengan ikatan ponytail dan ikat ala bun ballerina menggunakan scrunchies. Apabila anda bangun pada waktu pagi, anda akan mendapati rambut anda dengan berombak lembut dan tidak kusut masai.
7. Elakkan tidur telungkup
Kajian mendedahkan bahawa muka yang tersembam ke bantal menyebabkan kedutan dalam masa yang singkat. Apabila anda tidur di atas perut anda, berat keseluruhan kepala anda cenderung jatuh pada kulit anda, menyebabkan garis-garis halus di atas kulit anda. Oleh itu adalah lebih baik jika anda tidur di belakang anda.
8. Tidur untuk sekurang-kurangnya 8 hingga 10 jam
Adakah anda tahu makna ‘beauty sleep’ yang sebenar?  Apabila anda tidur, ia akan melegakan setiap otot dalam badan anda. Hasilnya anda mendapati diri anda berjalan dengan kulit segar dan lebih segar. Jumlah yang baik akan membuat mata anda bersinar cerah.
Sumber : Wanista

1 comment... add one now

Kak Mas Kak Mas September 05, 2016
Bagus la block awak ni bagi tip2 yag bermanafaat pada semua..
TQ