8 Fakta Asas Proton Persona 2016 Yang Perlu Anda Tahu

Proton Persona 2016PROTON Persona 2016 dijangka membuat kemunculan pada penghujung Ogos ini. Kehadiran model sedan segmen-B Proton ini bakal mendapat sambutan hangat dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap jenama Proton.
Sebelum menanti kehadiran Proton Persona 2016 di pasaran tempatan, berikut adalah beberapa perkara yang boleh dikongsikan.

1. PLATFORM IRIZ

Sebagai makluman, Proton Persona 2016dibangun berasaskan platform Iriz. Dalam erti lain, Proton Persona 2016 ialah Iriz versi sedan. Dari pandangan hadapan masih lagi tampak seperti model Iriz, manakala bahagian belakang bakal memukau pandangan anda. Senang cerita, Proton Persona 2016 menampilkan rekaan menarik dan sporty.

2. ENJIN IRIZ

Proton Persona 2016 akan dipadankan enjin VVT 1.6L, iaitu enjin sama digunakan Iriz. Bagaimanapun, beberapa penambahbaikan telah dilakukan seperti tiga poin mounting untuk menjadikan enjin lebih senyap.Proton Persona 2016

3. VARIAN & TRANSMISI

Persona 2016 bakal hadir dalam varian Standard, Executive, Premium dan SE. Ia juga dipadankan dengan transmisi manual dan automatik.

4. MOD ECO

Buat pertama kali, Proton Persona 2016didatangkan dengan mod pemanduan ECO yang menjanjikan penjimatan bahan api. Lebih tepat, ia mampu menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 18 peratus. Fitur ini turut ada pada model Saga 2016.

5. WARNA BAHARU

Selain warna hitam, perak, merah dan putih, Proton Persona 2016 turut memperkenalkan warna baharu iaitu Camelian Brown (coklat).Proton Persona 2016_0q

6. RUANGAN BUT LUAS

Model segmen-B ini turut memiliki ruang but lebih luas dan besar iaitu seluas 500L.

7. CIRI KESELAMATAN (Standard Semua Varian)

Sedia maklum, Proton Iriz pernah menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP. Bagi Proton Persona 2016 pula, ia turut mengekalkan DNA ciri keselamatan seperti Iriz. Antara ciri keselamatan yang ada pada Persona 2016 adalah:
  • 6 beg udara (varian Premium, minimum 2 beg udara bagi varian lain)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Mendaki (HHA)

8. HARGA

Isu harga ialah aspek paling penting untuk Proton. Untuk itu, kami menjangkakan hargaProton Persona 2016 adalah hampir sama seperti model dijual sekarang iaitu sekitar RM45,600 hingga RM50,000.
Paling penting, apakah anda berminat selepas meneliti semua ciri Proton Persona 2016? 
Sumber - pandulaju 

0 comment... add one now