7 Waktu Yang Perlu Diketahui Ramai Untuk Tidak Minum Air

waktu-minum-air
Air adalah cecair penting di dalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah, peluh atau keringat yang sempurna.
Air akan menyeragamkan suhu badan dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan ke seluruh badan dan penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam sel-sel badan.
Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit.
Ini juga membantu mengekalkan PH yang seimbang di dalam badan anda. PH badan yang berasid akan melambatkan pembakaran lemak.
Anda tidak digalakkan untuk minum pada waktu-waktu ini untuk memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan. Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan. Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan. Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut terlebih dulu. Lepas 21 hari, anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

0 comment... add one now