6 Jenis Buah Ini Boleh Putihkan Gigi Korang!

Korang tahu tak ada beberapa jenis buah sebenarnya yang boleh bertindak memutihkan gigi kita? Nak tahu buah jenis apa? Tengok dekat bawah ni 

1) Pisang

 
Pisang? Ya, pisang boleh memutihkan gigi korang. Caranya? Korang ambil pisang dan gosokkan di gigi selama dua minit. Kemudian cuci gigi dari sisa-sisa pisang. Sebenarnya pisang mengandungi mineral yang membantu menyihatkan gigi serta mengembalikan warna asal gigi korang. Bukan itu sahaja,, kulit pisang juga boleh memutihkan gigi kita.
 

2)Limau ataupun oren

 
keluarkan isi oren dan gosok pada gigi dengan rata. Amalkan setiap hari.
 

3) Strawberi

 
Caranya? Korang hancurkan buah strawberi dan tampal pada gigi. Biarkan selama 15 minit dan kemudiannya boleh bilas, jangan lupa gosok gigi dengan ubat gigi. Untuk pengetahuan semua, kandungan asid malatnya tinggi dan cara ini boleh dilakukan seminggu atau dua minggu sekali.
 

4) Pinang
 

Korang ambil beberapa biji buah pinang. Kemudian, sangrai hingga hitam. Tumbuk hingga halus dan gosokkan pada gigi korang. Pastikan rata dan ketika menggosok, guna sabut buah pinang sebagai alat penggosok. Lepastu korang bilas sampai bersih okay! Lakukan cara ini 2 minggu sekali.
 

5) Epal

 
Korang kena rajin makan epal. Buah ini mengandungi zat yang boleh menguatkan gigi da memutihkan gigi. Isi epal mampu membunuh kesan-kesan kuning pada gigi ketika individu sedang mengunyah epal tersebut.
 

6) Nanas

 
Buah Nanas boleh meningkatkan pengeluaran air liur yang boleh membersihkan sisa makanan di mulut.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Ogos 09, 2016
suka, tp tak pernah pulak tonyoh kat gigi :)