5 Perkara Yang Student U Paling Payah Nak Buat

Belajar di universiti merupakan salah satu impian bagi setiap lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu, setelah mereka melangkah masuk universiti, impian itu tidak seindah yang mereka gambarkan.



Melalui artikel yang digarap dari sebuah blog, kami senaraikan 5 perkara yang pelajar universiti payah nak buat.

1. Bangun pagi pergi kelas

Kelas pukul 8.30 pagi, tapi tidur pukul 2 pagi. Ini terjamin memang susah mahu bangun. Ramai yang datang lambat ke kelas atau lagi bagus, terus tidak datang. Kalau bawak kenderaan sendiri boleh lagi pecut terus pergi kelas, tapi kalau yang naik public transport, kirim salam sahajalah pada lecturer.

2. Spend duit untuk buku baru

Jika boleh, student mahukan penjimatan paling maksimum dalam menuntut ilmu maka semua buku haruslah fotostat. Kos untuk buku baru adalah tidak munasabah dan jika dengan fotostat, ia jimat berganda-ganda sehingga boleh sewa kereta waktu cuti.

Phone beribu-ribu boleh beli, topup beratus-ratus boleh beli. Tapi bila bab buku, fotostat sudah mencukupi. Mana yang genius, beli buku second hand dari senior.

 3. Kelas selepas makan tengahari

Kelas bermula seawal 8.30 pagi dan ada yang tidak sempat untuk sarapan. Maka, mereka yang tidak sempat sarapan ini pada kebiasaannya akan melantak sakan sewaktu makan tengahari.

Bila perut dah kenyang, mata pun makin berat.Kelas petang ramai yang kecundang. Apa lagi, jika di dewan kuliah, pasti ramai yang suruh kawan lain sign kedatangan mereka. Eh, terasa ke?

4. Menghadiri modul pada hari Sabtu

Hari Sabtu dalam kamus student biasanya akan dijadikan hari tidur sedunia. Kalau ada yang rajin sikit, pergi library (ini rare). Pergi library pun bukan pinjam buku, hanya untuk renew pinjaman buku yang tidak habis baca dari awal semester.

Dengan adanya modul (biasanya setiap semester akan ada program khas untuk mereka dan kehadiran adalah WAJIB) maka rosaklah segala program dan rutin hari Sabtu mereka. Modul ni bermula jam 9 pagi sampai 6 petang. Lagi best, hari Ahad pun ada yang sambung lagi.

5. Bayar PTPTN lepas habis belajar

Ini point ultimate. Secara keseluruhan pinjaman pelajaran bagi pelajar universiti di Malaysia ini adalah sekitar RM16,000 hingga RM30,000 (berbeza mengikut universiti). Fikirkan semula ke mana wang pinjaman anda belanjakan sepanjang belajar.

Nasihat kami kepada pelajar, bila sudah masuk alam pekerjaan, hutang PTPTN selesaikan terlebih dahulu dan jangan berangan mahu pakai kereta baru. Tapi siapalah kami untuk menasihat. Selamat memandu kereta Proton atau Myvi sendiri dan welcome to the real life.

0 comment... add one now