5 Pekerjaan Paling Pelik Di Dunia

Bekerja sebagai peguam, pengarah, pengurus, hackers malahan keyboard warrior itu sudah menjadi sangat biasa.
5 jenis pekerjaan berikut sangat pelik dan boleh jadi tak masuk akal juga.
Mari kita mulakan.
1. Oshiya
Jepun merupakan sebuah negara yang mana ramai rakyatnya menggunakan keretapi laju (bullet train).Tugas Oshiya adalah mendorong dan menolak para penumpang Shinkansen (keretapi laju) masuk ke dalam keretapi agar lebih ramai penumpang boleh dimuatkan ke dalam keretapi tersebut. Tengoklah cara mereka tolak para penumpang di video berikut.

2. Tukang Ratap
Di negara seperti China,Taiwan, Afrika dan Timur Tengah, apabila ada antara ahli keluarga meninggal dunia maka tukang ratap akan dipanggil untuk mewakili keluarga menangisi pemergian si mati.
Pekerjaan sebagai tukang ratap boleh memberikan pulangan yang agak lumayan di negara Taiwan hingga ada yang melakukan pekerjaan ini secara professional. Jom tonton video ratapan berikut.

3. Cuida Carros
Pekerjaan ini di jalankan di Costa Rica, Brazil. Apa yang perlu dilakukan oleh Cuida Carros ialah berdiri dekat kereta agar tidak dilarikan orang. Bayaran adalah berdasarkan berapa lama Cuida Carros perlu menjaga kereta tersebut. Eh, kenapa tak buat mesin parking macam kat Malaysia saja kan?

4. Pemancing Basikal
Amsterdam terkenal sebagai negara yang rakyatnya ramai menunggang basikal. Pekerjaan pelik yang ada di negara ini adalah memancing basikal. Ada dikalangan rakyatnya dengan sengaja membuang basikal ke dalam terusan yang terdapat di negara ini. Dianggarkan antara 12,000 ke 15,000 basikal berkarat berjaya di pancing setiap tahun di negara ini.

5. Chicken Sexer
Jangan ingat porn pulak. Tugas chicken sexer adalah menentukan jantina anak ayam yang baru menetas. Pekerjaan ini sangat di perlukan oleh pengusaha ternakan ayam. Boleh di anggap sebagai pekerjaan professional juga kerana kerjaya ini memerlukan skill yang khusus. Bukan senang nak cek jantina anak ayam yang kecil dan semuanya nampak sama. Haha.

0 comment... add one now