4 Lokasi Treking Dan Hiking Terbaik Dalam Malaysia Untuk Kaki Gunung

Hidup ini adalah suatu pengembaraan. Dan betapa sayangnya jika kita hanya tinggal dalam zon selesa kita dan tidak mencuba sesuatu yang baru.
Artikel ini diwujudkan untuk menggalakan gaya hidup sihat melalui aktiviti treking dan hiking. Dah lah ekonomi kita sedang merosot, apa kata kita explore dulu keindahan alam sekitar yang ada di Malaysia.
Mantan Menteri Belia dan Sukan kita sendiri mengaku bahawa alam sekitar di Malaysia sebenarnya amat cantik jika dibandingkan dengan negara luar.
Bagi mereka yang tak habis-habis dan jemu nak komen “tak ajak pun” di media sosial, jadi kan artikel ini untuk memberi inspirasi untuk ‘mengajak’ kawan-kawan anda. Bukankah tangan yang memberi (mengajak) lebih baik dari tangan yang menerima (menerima ajakan)?
Kesemua adventure destination dalam artikel ini sesuai untuk dijadikan aktiviti daypack di hujung minggu.
1. Bukit Tabur
bukit-tabur-1
Bukit Tabur juga terkenal di kalangan pendaki-pendaki baru. Siapa yang keberatan nak memandu jauh-jauh ke Broga, memang ke Tabur la jawapannya.
Trek Bukit Tabur agak mencabar kerana bukan sahaja skill mendaki diperlukan, anda juga perlu memanjat untuk sampai ke puncak. Mencabar dan menarik pada masa yang sama. Panjat punya panjat, kalau tertengok bawah kecut jugak bro!
Ada 2 trail untuk bukit ini; Tabur West dan Tabur East. Untuk yang baru, hanya Tabur West yang digalakkan kerana trek nya yang lebih user-friendly.
Walaupun user-friendly, jangan lupa air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukit ini boleh jadi merbahaya apabila langkah-langkah keselamatan tidak diambil berat. Minum air berlebihan pun bahaya, apatah lagi main kejar-kejar dan selfie di hujung lereng bukit.
Bukit Tabur
Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 30 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 – 4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Perlu. Paling kurang pergi bersama teman yang pernah naik Bukit Tabur berulang-kali.
2. Bukit Broga
bukit-broga
Kalau sebut je pasal nak start hiking, mesti ramai orang akan recommend Bukit Broga. Terletak di Semenyih, trek bukit ini sangat sesuai untuk siapa-siapa yang baru berjinak-jinak dengan hiking.
Tak terlampau susah, tak terlampau senang. Bak kata omputih, just nice gitu. View kat puncak pun memang terbaik. Scene org photoshoot gambar kahwin memang normal lah kat sini.
Tapi satu je, sebab dia famous sangat and easily accessible, silap haribulan kena redah “traffic jam” nak naik ke puncak.
Jumpa lagi ngan puak-puak yg tak reti nak kasi can kat org lain nak bergambar, memang menyirap beb. Haha!
Bukit Broga
Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 1 jam memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 45 minit – 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan
3. Canopy Walk
canopy-walk-kepong
FOTO VIA BACKPACKINGMALAYSIA.COM
Nampak senang kan? Tapi jangan sesekali memandang enteng ya. Tarikan utama adalah jambatan gantung setinggi 30 meter dari aras tanah.
30 meter tak tinggi? Tahu tak ketinggian lelaki dewasa di Malaysia pun kurang dari 2 meter? Tinggi bang, memang gayat goyang lutut gak weiii.
Di sepanjang Canopy Walk, anda boleh melihat bangunan yang tinggi di pusat bandar KL. Terdapat juga kawasan lapang yang berdekatan dengan air terjun, sesuai untuk piknik.
Nota dari Website FRIM
We wish that some information in the post could be edited as for safety reason, FRIM has decided recently a guide must be engaged for all visitors visiting the Canopy Walkway.”
Canopy Walk
Kesimpulan
Lokasi: Kepong, Kuala Lumpur. 20 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.
4. Lata Jerangkang
lata-jerangkang
Anda ada 4×4 (powil) tapi tak pernah guna gear 4×4 tersebut? Apa kata test kebolehan 4×4 tersebut untuk sampai ke Lata Jerangkang. Jalan offroad yang agak jauh dan mencabar pasti akan memberikan anda adrenaline rush!
Tapi kalau tak ada powil pun usah risau. Terdapat servis powil yang akan menghantar anda ke hiking point. Perjalanan offroad 40 minit pasti akan membuat buntut anda berasa kebas-kebas semut.
Kalau nak guna kereta sendiri pun boleh. Boleh tanggung sendiri akibatnya.
Kerana lokasi Lata Jerangkang yang agak dalam dan jauh daripada pencemaran, air terjun dan sungai di sini amat jernih. Kalau bernasib baik, boleh melihat burung hornbill terbang keriangan. Terdapat juga tempat untukfree dive (tiruk) setinggi 15 kaki untuk adrenaline addicts.
Lata Jerangkang
Kesimpulan
Lokasi: Maran, Pahang. 2 jam 30 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly
.
kredit - vocket

0 comment... add one now