4 Kelebihan bekam bagi lelaki dan perempuan perlu anda tahu

kebaikan bekam - women online magazine
Kredit Foto: rumahbekam
Kebaikan Bekam.Bekam? Aduh, ngerinya! Sekilas… bekam memang menggerikan. Apatah lagi, ia kelihatan seperti terjadinya pendarahan di bawah kulit.
Terapi bekam adalah cara perubatan dengan menggunakan kaedah penyedutan permukaan kulit dan pengeluaran darah dari bawah kulit.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam. Manakala orang Cina pada zaman kuno berbekam menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
Hari ini peralatan bekam yang digunakan sesuai dengan perubahan zaman yang berteknologi tinggi dan diakui oleh pakar perubatan. Bahkan, teknik bekam dan peralatan yang digunakan juga memiliki standard dan prosuder yang ditentukan.
Peralatan yang digunakan juga mesti di ‘steril’ supaya tidak  mendatangkan kemudaratan kepada  pesakit lain
TERDAPAT 2 JENIS BEKAM IAITU:
1.     Bekam kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik atau darah kotor.
Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari. Bekam kering ini sesuai bagi mereka yang tidak tahan dengan suntikan jaram dan takut melihat darah.
2. Bekam basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat-alatan perubatan bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit.
Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
APAKAH KELEBIHAN BEKAM YANG ANDA PERLU TAHU?
1.        Untuk kesegaran tubuh badan
Kaedah bekam berfungsi untuk memanaskan dan mempromosikan aliran energi dalam darah dan membuatkan tubuh kembali segar dan bermaya. Ini adalah kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan.
2. Mengurangkan migrain dan sengugut pada wanita
Bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut, endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas. Terapi bekam akan melancarkan kembali peredaran darah tersebut.
3. Merawat kulit bermasalah
Bekam untuk kecantikan adalah satu kaedah berbekam darah di bahagian muka untuk lelaki dan wanita bagi merawat kulit bermasalah serta resdung. Dalam masa yang sama juga melancarkan aliran darah di bahagian muka supaya kelihatan awet muda.
Kulit muka yang bermasalah berpunca daripada bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka. Apabila bekam darah dilakukan,semua bakteria tersebut akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat lagi kehitaman.
4. Membuang angin dalam badan
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar,berbekam darah pada kawasan tengkuk,bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan.
Selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar daripada badan serta badan akan terasa lebih ringan.
Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan.
Pengamal kaedah perubatan turut berpendapat,  bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri, sedangkan Rasulllah mengisyaratkan ada 72 jenis macam penyakit yang boleh disembuhkan dengan berbekam. Antaranya, darah tinggi, migraine, stroke, sembelit dan jantung.
Kredit - WOM 

0 comment... add one now