4 Iklan Hari Kebangsaan 2016 mengingati ikatan persaudaraan

Iklan Hari Kebangsaan 2016 mengingati ikatan persaudaraan

OGOS adalah bulan bersejarah untuk Malaysia.

Pelbagai aktiviti berkaitan pe­rayaan kenegaraan diatur untuk menyemarakkan semangat patriotisme rakyat terhadap tanah air.

Sudah tentu, iklan di media elektronik terutamanya di layar televisyen menjadi antara elemen yang penting.

Walaupun jumlah iklan tahun ini tidak begitu banyak, namun setiap iklan yang diterbitkan mempunyai jalan cerita yang unik.

Sempena Hari Kebangsaan yang ke-59, mari kita lihat iklan-iklan yang diterbitkan untuk mengingati rakyat akan ikatan persaudaraan yang wujud di negara ini. 
1. #BukaLaHati (Digi) 

Kadang-kadang kita lupa bahawa setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita mempunyai sebab tersendiri dan bukannya semua orang bernasib baik seperti kita. 

Oleh itu, kita perlu belajar memahami, bertolak ansur dan menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan bangsa. 

Itulah mesej yang disampaikan syarikat telekomunikasi Digi menerusi iklan bertajuk #BukaLaHati sempena Hari Kebangsaan tahun ini.  



2. Take Care - (Petronas) 
Iklan 'Take Care', kempen terbaharu syarikat petrolium negara, Petronas mengingatkan kembali semangat perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia menyampaikan mesej tentang kewujudan sifat kasih sayang, kebersamaan, dan hubungan kekeluargaan dalam kalangan rakyat.




 
3. #AkuOmar (MYNIC)

MYNIC menampilkan sebuah kisah seorang guru Bahasa Malaysia bernama Omar. 

Ia mengisahkan cabaran yang dihadapi Omar untuk mengajar bahasa kebangsaan kepada pelajar tahun dua di Sabah. 

Namun begitu, Omar tidak melihat ia sebagai satu halangan, malah percaya tanggungjawabnya itu sebagai satu kebanggaan. 

 


4.  Bunga Bangsa (InPGroup Sdn Berhad)

Dibintangi Beto Kusyairy, Syafie Naswip & Azhan Rani, iklan ini membawa mesej 'ilmu adalah keagungan, ilmu adalah kekayaan, ilmu adalah pertahanan dan ilmu - pintu kepada segala-galanya.'
 

0 comment... add one now