20 Fakta Mengenai P. Ramlee

P. Ramlee sememangnya lagenda di Malaysia dan Singapura. Tidak ramai yang mengetahui fakta, kisah suka dan duka kehidupan P. Ramlee. Sememangnya, pemergian seniman lagenda ini satu kehilangan yang besar buat industri hiburan.
Ikuti perkongsian menarik info P. Ramlee di sini.
43 Fakta Mengenai P. Ramlee
1. Ada satu ketika ada orang telah mensabotaj P. Ramlee secara halus semasa tengah rakaman filem di mana salah sorang pelakon wanita beliau histeria secara tiba-tiba. Walaupun dalam keadaan panik dan mencemaskan. P. Ramlee hanya duduk tenang di kerusi pengarah sambil memerhati keadaan kemudian bangun ke tempat perempuan histeria itu dan mengubatinya secara halus juga. Akhirnya, keadaan menjadi reda dan rakaman disambung semula seperti yang diceritakan oleh salah sorang sahabat beliau. Khabarnya, P. Ramlee tahu siapa yang mensabotaj beliau pada masa itu tetapi dia tidak ambil hati. Malah, beliau boleh lagi melepak minum teh dengan pensabotaj seperti tiada apa yang berlaku sebelumnya.
2. Dikatakan perkataan ‘laporpo’ dan ‘watakungsi’ diambil ketika P. Ramlee terdengar dialog ini di antara Ibrahim Din dan A.R Tompel ketika berhenti rehat. Pada waktu itu, A.R tompel berkata kepada Ibrahim Din ‘laporpo’ yang bermaksud ‘perut aku lapar’, kemudian dibalas oleh Ibrahim Din ‘watakungsi!’ yang bermaksud ‘Aku takde duit‘ (atau berkemungkinan Ibrahim Din yang memulakannya terlebih dulu). Peristiwa tersebut telah disaksikan oleh P. Ramlee secara sembunyi yang kemudiannya berkata kepada kedua orang sahabat beliau, ‘Ooh… korang takde duit nak makan ye. Takpe, jom aku belanja…
3. Malam sebelum dia meninggal, dia mengajak seniman Aziz Sattar menaiki keretapi menuju ke Ipoh dari Kuala Lumpur dan kemudiannya bergerak balik ke Kuala Lumpur menggunakan mel keretapi dari Butterworth ke Kuala Lumpur. Apa yang diceritakan kepada Aziz Sattar, masih misteri hingga hari ini.
4. Pada hayat akhir Allahyarham, antara punca kejatuhan dunia seni Allahyarham adalah kerana kemunculan muzik zaman Pop Yeh Yeh yang bergelar segala nama bermula pangkal A. R. M. L dan sebagainya. Allahyarham pernah dijemput untuk turut serta dalam satu konsert Pop Yeh Yeh di Stadium Negara. Malangnya, apabila nama Allahyarham dijemput untuk menyanyi, Allahyarham telah di’boo’ oleh penonton. Maklumlah, beliau sudah ketinggalan zaman namun Allahyarham sempat melawak dan menghiburkan penonton dan akhirnya mereka menikmati juga nyanyiannya dan itulah nyanyian terakhir Allahyarham di khalayak ramai. Beliau tahu zamannya sudah berakhir.
5. Dari Filem “Labu Labi”, Panca Sitara diilhamkan dari populariti kumpulan barat iatu The Platters. Panca Sitara yang pertama dianggotai oleh P.Ramlee, Ahmad C, Aziz Jaafar dan Normadiah. Aziz Jaafar dan Normadiah digantikan dengan Ahmad Daud dan Saloma atas sebab peraturan yang dibuat oleh P.Ramlee bahawa anggota Panca Sitara tidak boleh bercinta. Tak lama selepas P.Ramlee berkahwin dengan Saloma, Panca Sitara dibubarkan kerana P.Ramlee sendiri telah melanggar peraturan yang dicipta olehnya sendiri.
6. P.Ramlee mahir dalam 4 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Jepun.
7. Sazali diberi gelaran “Jelly Boy”. Semasa P.Ramlee mengunjungi ke rumah pekerjanya, anak pekerjanya sedang berbaring sebab baru lepas berkhatan dan bapak pekerja memperkenalkan kanak-kanak naman tersebut, Sazali dan nama gelarannya “Jelly Boy”.
8. Yang berlakon sebagai “Komeng” dalam cerita “Nasib Do Re Mi “. Nama sebenar dia adalah Idris Hashim, ayah kepada pelakon Taman Idris.
9. Menurut Yassin Senario, dalam cerita Nasib Do Re Mi , Pak Lebai di kedai kopi yang bercakap loghat Perak adalah atuknya. Akan tetapi dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan betul, satu info mengatakan nama Pak Lebai yang sebenarnya adalah Noor KK, bangsawan lama.
10. Ada kisah mengenai seorang peminat tegar di Indonesia yang sakit tenat sebab terlalu rindukan P. Ramlee. Budak perempuan yang terlalu gilakan P. Ramlee itu teringin nak sangat jumpa dia. Apabila terdengar laporan tersebut, P. Ramlee terus terbang ke sana dengan beberapa orang sahabat beliau semata-mata hendak berjumpa dengan budak tersebut dengan harapan dia akan sembuh.
11. P.Ramlee pada masa hayatnya sangatlah popular di sekitar rantau Asia. Lebih-lebih lagi Malaya, Singapura, Indonesia & Brunei.
12. Filem Ali Baba Bujang Lapok adalah filem pertama yang menampilkan Sarimah Ahmad yang kemudian melonjakkan namanya.
13. Pada mulanya, filem Ali Baba Bujang Lapok dilarang untuk diterbitkan disebabkan pelakon-pelakon bercakap bahasa Melayu dengan loghat Arab seperti P.Ramlee dalam filem Ahmad Albab. Akan tetapi semasa dalam proses suntingan, penerbit filem adalah orang Arab dan beliau kemudiannya marah. Proses dubbing semula terpaksa dibuat. Jika diperhatikan, ada filem gerakan mulut dengan dialog agak berbeza.
14. Semasa proses dubbing semula, tidak semua pelakon ada dan sesetengah dialog terpaksa menggunakan suara Aziz Sattar & S. Shamsuddin. Suara Aziz Sattar – perempuan yang jumpa Tuan Tabib mengenai lelaki dia tak balik rumah (pada awal cerita) & penyamun yang kata ‘lain kali jangan banyak ambil IOU daa…’. Manakala, suara apek tukang kasut sebenarnya adalah suara Sudin.
15. Adegan Kassim Baba jumpa pelampung S.S Juwita dalam gua agak menarik bagi siapa yang pernah tonton filem ‘Sedarah’ (1951). Sebabnya, pelampung tersebut adalah salah satu prop yang ada dalam filem yang mana P.Ramlee dan S.Shamsudin ketika bekerja di atas sebuah kapal yang bernama S.S. Juwita.
16. Filem Ali Baba Bujang Lapok banyak meletakkan kritikan sosial. Perjudian (main dadu), Union (persatuan penyamun) yang pada masa itu selalu sangat mogok hinggakan susah nak siapkan sesebuah filem, waktu kerja yang mengikuti waktu pejabat (8 jam waktu bekerja sehari, hari sabtu setengah hari, hari ahad cuti), dan turut membelasah sesetengah pelakon yang tidak mahu bekerja lebih masa.
17. Ada juga adegan yang dahulunya dikira melawak, tetapi menjadi realiti sekarang. Contohnya, jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen, jual belacan tiada lesen. Realiti zaman sekarang sebagai contoh, CD/DVD cetak rompak bersepah dijual tetapi penjualan gula & tepung dicatukan.
18. Filem Ali Baba Bujang Lapok mungkin dari satu aspek orang Arab marah sebab filem tersebut macam memperbodohkan orang Arab tetapi loghat (apa yang diberitahu Pak Aziz) adalah sebab kenapa filem terpaksa redubbing. Berkemungkinan orang Arab rasa orang kita mempermainkan loghat mereka.
19. Adegan mantra pintu gua dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, P.Ramlee menggunakan bahasa Jawa yang maksud dia memang mengarut. Berikut penjelasannya.
Buka pintu gua:
Niat enson matakaji semar ngiseng- Niat seorang insan yang sangat bertekad hingga semar terberak
Tutup pintu gua:
Rampo ngiseng semar tilem- Lepas berak semar tidur
Kassim Baba merapu:
Niat ngiseng semar ngiseng eson ngiseng- Niat nak berak, semar berak, boleh ke berak
Eson ngiseng semar ngiseng kabeh wong poto ngiseng- boleh ke berak, semar berak, semua orang berak.
20. Sebelum memilih pelakon untuk filem-filem arahan beliau, P. Ramlee akan berimaginasi terlebih dahulu watak-watak yang sesuai. Sebabnya, walaupun rapat macam manapun seseorang pelakon dengan P.Ramlee, jika P.Ramlee rasa tidak sesuai, beliau tidak akan mengambil seseorang itu berlakon. Tetapi, macam mana benci seseorang pelakon dengan P.Ramlee, jika P.Ramlee rasa watak tersebut sesuai dengan dia, P.Ramlee akan dapatkan pelakon tersebut untuk berlakon watak tersebut.
Contoh paling popular, Allahyarham S. Kadarisman. Menurut Aziz Sattar, S. Kadarisman memang cemburu dengan P.Ramlee, sebab populariti P.Ramlee naik terlalu cepat. Hinggakan S. Kadarisman mengatakan, satu hari nanti dia nak jatuhkan P.Ramlee. Pak Aziz memberitahu perkara tersebut kepada P.Ramlee tetapi P.Ramlee tidak mengendahkannya. Semasa filem ‘Antara Dua Darjat’ , P.Ramlee rasa S. Kadarisman sesuai untuk memegang watak Engku Mukriz. P.Ramlee mahu dapatkan S. Kadarisman berlakon sehingga beliau sendiri berjumpa dengan pengurus S. Kadarisman. Apabila S. Kadarisman mengetahui perkara tersebut, dia menangis terharu. Semenjak peristiwa tersebut, hubungan P. Ramlee dan S. Kadarisman bertambah baik. Hinggakan S. Kadarisman memberi idea asal dan jalan cerita untuk filem ‘Madu Tiga’. Kemudian, bersama-sama berlakon dalam filem ‘Tiga Abdul’.
20 Fakta Mengenai P. Ramlee

0 comment... add one now