20 Atlit Terhebat Dunia Menurut Akhbar Britain The Telegraph, Nicol David Turut Tersenarai Bersama Ronaldo Dan Bolt

datuk-nicol-davi

Akhbar The Telegraph telah menyenaraikan 20 atlit dan ahli sukan terbaik dari serata dunia yang mana antara terhebat pada masa ini.


Menariknya, satu-satunya atlit Malaysia turut disenaraikan adalah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, yang menyertai nama bertaraf lagenda sukan seperti bintang bola sepak Portugal Christiano Ronaldo, pelari terpantas dunia Usain Bolt, Serena Williams (tenis), Michael Phelps (renang), Simone Biles (gimnastik) dan James Anderson (kriket). Wow!

“Tidak ramai atlit boleh mengaku diri mereka mendominasi dunia skuasy seperti Nicol David,” menurut The Telegraph, yang meletakkan Nicol pada tangga ke-17, walaupun kedudukan atlit dalam senarai itu bukan bersandarkan penilaian tertentu.

Nicol, 32, kini dinobatkan gelaran pemain skuasy nombor 3 dunia, selepas menyandang juara nombor satu dunia selama 108 bulan sejak Ogos 2006.
Dilahirkan di Pulau Pinang, ibunya Ann Marie David seorang pesara guru sekolah manakala ayahnya, Desmond David seorang jurutera dan pemain bola yang pernah mewakili negeri.

Antara pencapaian Nicol termasuk memenangi 3 emas di kejohanan bertaraf dunia, 2 emas di Sukan Komanwel di samping menjuarai 8 kejohanan terbuka antarabangsa.

Tahniah Datuk Nicol David!
Sumber

0 comment... add one now