10 Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Jika Anda Ke Bali

Bali, Indonesia sememangnya destinasi percutian yang cukup popular dikalangan rakyat Malaysia. Jika anda ke Bali, jangan lupa untuk melawat 10 tempat yang saya senaraikan ini.

1. Pantai Kuta

 Pantai Kuta
Pantai kuta adalah tempat tarikkan pelancongan yang sangat terkenal di Bali. Nikmati keindahan Pantai Kuta yang cukup cantik dan kos pembelanjaan disini juga sangat murah.

2. Pura Tanah Lot

Pura Tanah Lot
Pura Tanah Lot juga merupakan tempat yang terkenal di Bali. Keindahan yang cukup untuk buat anda terpukau terutama ketika matahari terbenam. Mengikut mitos disini, ia adalah tempat untuk menyerunya dewa laut.

3. Pantai Padang Padang

Pantai Padang Padang
Pantai Padang Padang mungkin tidak popular seperti Pantai Kuta, namun pantai ini juga menjanjikan permandangan yang indah untuk anda.

4. Danau Beratan Bedugul

Danau Beratan Bedugul
Danau Beratan Bedugul adalah terletak di daerah pergununangan. Tempat yang terkenal dengan suasana alam semulajadi ini turut menawarkan aktiviti permainan air.

5. Garuda Wisnu Kencana (GWK)

Garuda Wisnu Kencana (GWK)
Garuda Wisnu Kencana atau sebutan singkatnya dipanggil sebagai  'GWK'. Tempat ini terletak di bahagian selatan Bali. Garuda Wisnu merupakan sebuah patung besar karya Nyoman Nuarta, walaupun tidak sempat siap dibina ia mempunyai sejarah tersendiri yang sangat menarik untuk diketahui.

6. Pantai Lovina

Pantai Lovina
Anda mungkin tidak pernah dengar nama pantai ini, tapi ia juga merupakan tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Disini anda berpeluang melihat ikan lumba-lumba meloncat keluar dari habitatnya!

7. Pantai Jimbaran

Pantai Jimbaran
Pantai Jimbaran juga merupakan salah satu pantai yang popular di Bali. Jika kali pertama anda kesini, apa yang anda akan nampak adalah deretan meja dan kerusi  tersusun diatas pasir putih yang cukup cantik ini.

8. Monkey Forest

Monkey Forest
Terletak di Ubud, Bali, Monkey Forest adalah sebuah hutan yang dihuni oleh banyak kera liar. Kera-kera ini dianggap keramat oleh penduduk setempat sehingga tidak boleh diganggu dan dibiarkan hidup di hutan. 

9. Danau Batur Kintamani

Danau Batur Kintamani
Terletak di gunung tertinggi ke 2 di Bali, Danau Batur Kintamani bersuhu sejuk dan dilengkapi dengan permandangan yang cukup mempersonakan.

10. Arung Jeram Sungai Ayung

Arung Jeram Sungai Ayung
Selain dari mandi pantai, anda juga boleh pergi ke Arung Jeram Sungai Ayung. Mandi-manda disini amatlah menyeronokkan dan udara disini juga sangat nyaman! 

1 comment... add one now

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI Ogos 12, 2016
semuanya best.. cntik je tgk..