10 Selfie Dato’ Siti Nurhaliza Tanpa Mekap Dan Tetap Cantik

siti nurhaliza

siti nurhaliza

Pengikut Instagram Dato’ Siti Nurhaliza setakat ini sudah melebihi angka tiga juta (3.1 juta angka terkini). Di laman media sosial itu Dato’ Siti berkongsi pelbagai gambar, merangkumi aktiviti hariannya, bersama keluarga termasuklah rakaman gambar-gambar selfie yang menerima puluh ribu ‘Likes’.

Saya juga salah seorang pengikut akaun Instagram Dato’ Siti dan sering juga menekan butang Like bila terlihat gambar-gambar selfie Dato’ Siti. Satu yang saya cemburu pabila melihat gambar-gambar selfie Dato’ Siti ialah kulitnya.

Saya perasan kulitnya cantik sekali. Gambar-gambar yang dimuat naik memang ada yang menggunakan filter tapi saya tahu jika dilihat depan-depan kulit Dato’ Siti memang semula jadi cantik.

Saya sendiri sudah beberapa kali mengadakan penggambaran bersamanya dan saya tahu dia memang memiliki kulit yang cantik bagai telur dikupas. Pernah sekali itu Dato’ Siti datang ke studio dengan pupur muka (mask) masih di wajahnya, jadi mungkin itu salah satu rahsia kecantikannya.

Kalau mahu kulit cantik sepertinya rajin-rajinlah memakai pupur muka. Kali ini saya memilih 10 gambar yang dimuat naik Dato Siti di akaun @CTDK yang membuktikan halus dan mulusnya kulit Dato’ Siti walaupun tidak bersolek (atau bersolek tipis).

1. Jika menurut kapsyen, gambar ini diambil selepas Dato’ Siti makan nasi kandar. Saya suka buah pipinya sedikit kemerah-merahan.

2. Saya suka bentuk kening Dato’ Siti di dalam gambar ini.

3. Jarang Dato’ Siti merakam wajahnya dari sudut kiri seperti gambar ini. Masih cantik, dan saya rasa dia sekadar memakai pelembap bibir.

4. Gambar ini dirakam sewaktu persiapan pertunjukan fesyen Dato’ Siti untuk Creacion by Siti Nurhaliza. Tampak lebih muda dengan kaca mata.

5. Dato’ Siti suka merakam selfie di dalam kereta, mungkin sukakan pencahayaan semula jadi. Kata Dato’ Siti ini gambar IC.

6. Satu lagi gambar Dato’ Siti dengan cermin mata. Dalam gambar ini saya rasa dia sekadar menyapu glos pada bibirnya.

7. Dalam penerbangan ke tanah suci baru-baru ini. Kulit Dato’ Siti terbukti mulus, ton sekata dan berseri.

8. Gambar ini dirakam di tanah suci. Pasti wajahnya bebas alat solek, dan lihatlah cantik sekali kulitnya.

9. Sekali lagi rakaman gambar di dalam kereta. Manis!

10. Gambar yang diambil Dato’ Siti selepas tiga pusingan berjoging di Tasik Titiwangsa. Kulitnya nampak berseri dengan kesan kemerahan.

0 comment... add one now