10 Petua Nak Halang Uban Tumbuh Sebelum Cecah Usia

Screen-Shot-2016-08-26-at-6-58-02-PM.png


Kalau korang jenis uban cepat tumbuh sebelum cecah usia yang sepatutnya, amalkan 10 petua ini, amalkan sekarang ya. Senang je. Jom tengok apa 10 petua penting ini:

1)Minyak kelapa

Ya, guna minyak kelapa. Minyak kelapa beri kelembapan pada rambut , kuatkan akar rambut serta antioksidan untuk melindungi rambut dari berubah warna.

2) Jangan stress

Orang yang sentiasa stress memang cepat tumbuh uban. Jadi, kurangkan stress korang okay.

3) Jangan merokok

Bukan sahaja merosakkan paru-paru, malah merokok boleh beri tekanan pada rambut dan menyebabkan rambut akan cepat rumbuh uban.

4) Kena minum banyak air

Apabila kekurangan air dalam badan, kulit akan dehidrasi dan akan menjadi kering. Rambut harus terima nutrisi yan sepatutnya, apabila ada sesuatu yang menghalang nutrisi untuk sampai ke folikel rambut, ia akan menyebabkan uban akan cepat tumbuh.

-kurangkan makan makanan bergoreng, pedas dan berasid kerana air akan kurang dengan cepat dalam badan. Banyakkan minum air ya!

5) Banyak ambil makanan yang mengandungi kuprum

Copper atau kuprum akan mengekalkan rambut berwarna hitam. Taktahu apa itu kuprum? Kuprum merupakan kacang walnut, almong, keladi, sawi, daging, nanas , delima. Ataupun korang makan vitamin yang tinggi kuprum.

6) Banyak makan lobak

lobak dan sawi kaya dengan iodin. Iodin akan membantu pertumbuhan rambut yang hitam, ikal dan sihat.

7)Tingkatkan protein

Protein memang baik untuk kulit dan rambut. Sebagai contoh, telur.

8)Amalkan B12

Sebarang daging lembu, pisang, ikan , telur, kambing, keju harus diamalkan. Kesemua makanan ini merupakan makanan yang mengandungi B12. Kurangkan pengambilan vitamin B12 yang akan menyebabkan rambut berubah warna.

9)Tidur secukupnya

Apa yang penting, kena tidur cukup. Kena dapatkan rehat yang cukup, mudah relaks ,tenang, segar. Petua ini penting untuk halang rambut dari tumbuh uban yang banyak.

10) Bersenam

Pengaliran darah yang sempurna akan mengelakkan rambut beruban dengan cepat. Jadi, rajinkan diri untuk bersenam.

Korang urut kepala 5-10 minit setiap hari untuk pengaliran darah di kepala.

1 comment... add one now

Abam Kie Abam Kie Ogos 27, 2016
dah ada uban di usia 43...