10 Perkara Tentang Goh Liu Ying Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Walaupun Malaysia telah dikenali seantero dunia dengan pemain-pemain badminton bertaraf dunia, pasukan beregu campuran tidak pernah menjadi tunjang utama arena sukan tersebut sehingga munculnya kehadiran Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon.
Semua tumpuan kini pada Goh Liu Ying, yang telah berjaya menawan hati rakyat Malaysia dengan kemahiran bermain badminton serta kecantikannya. Bagaimanapun, ketahuilah, bukan hanya bakat dan kecantikkan mengenai Goh Liu Ying ini.
LIU YING DAN PENG SOON PEMENANG PERTAMA NEGARA UNTUK PASUKAN BEREGU CAMPURAN
goh-liu-ying-fakta 1
Liu Ying dan Peng Soon adalah ‘pasukan bukan pilihan’ dalam acara itu, dan tidak ramai yang menjangka prestasi mereka – hinggakan mereka mengejutkan rakyat Malaysia apabila sampai ke peringkat akhir, menjadikan mereka pasangan beregu badminton pertama Malaysia yang pernah mencapai perak dalam acara ini.
XOX MENAWARKAN RM100,000 JIKA MEREKA MEMENANGI EMAS
goh-liu-ying-fakta 2
Datuk Eddie Chai, Pengarah Urusan Kumpulan XOX Bhd.
Bercakap mengenai motivasi, syarikat telekomunikasi XOX menawarkan RM100,000 bagi menewaskan Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir yang menduduki tempat ketiga dalam ranking dunia (Liu Ying dan Peng Soon pada kedudukan 11). Malangnya, mereka tunduk kepada tekanan Indonesia dan terpaksa melepaskan impian mereka untuk emas, sekurang-kurangnya buat masa ini.
KECANTIKKAN LIU YING MEMPERSONAKAN NETIZEN DI LAMAN MEDIA SOSIAL
goh-liu-ying-fakta 3
Laman media sosial rata-rata kecoh selepas imej Liu Ying di gelanggang badminton menjadi viral. Laman berita sosial gergasi seperti Siakapkeli, Moretify dan kami sendiri tidak dapat menahan rasa kagum kami melihat kecantikannya, jadi kami mengumpulkan gambar-gambarnya yang terbaik dan kongsikan pula dengan dunia!
 PEMINAT-PEMINAT BADMINTON INDONESIA TURUT TIDAK DAPAT MENEPIS KECANTIKKANNYA
goh-liu-ying-fakta 4
Malah, pesaing tradisi kita, Indonesia tidak dapat menahan daya tarikannya! Peminat-peminat badminton Indonesia ramai menyatakan kekaguman mereka mengenai dirinya di Instagram, Facebook dan Twitter – walaupun kita tidak dapat mengalahkan pemain-pemain mereka, kita telah memenangi hati mereka!
KOSMO! MENGECEWAKAN PEMINAT-PEMINAT TEMPATAN DENGAN TAJUK BERITA
goh-liu-ying-fakta 5
Kosmo hadir dengan tajuk, “Peng Soon-Liu Ying hampakan jutaan rakyat Malaysia” pagi ini. Cukup keras memandangkan mereka tidak menjangkakan kemenangan apa-apa! Jelas sekali para peminat telah marah dengan kenyataan tersebut, terutama apabila mereka telah memenangi pingat perak untuk Malaysia, dan merupakan kemenangan yang pertama dalam sejarah Malaysia untuk pasukan beregu campuran!
PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH MODEL
goh-liu-ying-fakta 6
Liu Ying pernah menyatakan dalam satu wawancara bahawa dia belajar di sekolah model, di Amber Chia academy. Beliau juga menyatakan berharap untuk memberi imej badminton Malaysia kelihatan segar – dengan bermain sebaik mungkin dan masih kelihatan bergaya… seperti idol pemain tenisnya, Maria Sharapova.
LIU YING JUGA MODEL MUKA DEPAN MAJALAH
Belajar di sekolah model telah membuahkan hasil apabila dipilih untuk menjadi mukadepan majalah Long Life Malaysia pada April 2015. Beliau juga merupakan model untuk pita kinesiologi, dan jika anda melihat gambar-gambarnya, adalah sukar untuk membayangkan bahawa gadis yang sama boleh menjadi sangat ganas apabila berada di gelanggang.
MAHU MEMULAKAN KERJAYA DALAM BIDANG LAKONAN
goh-liu-ying-fakta 8
Ramai atlet hilang halatuju selepas mereka bersara, mengikut laporan 24% atlet menderita dari segi kewangan apabila mereka berada di luar arena sukan. Bukan Liu Ying, melalui temubual dengan 988, dia sudah mempunyai pelan masa depan sebaik sahaja dia meninggalkan arena sukan, dia ingin memulakan kerjaya dalam bidang lakonan.
DIPILIH DAN DILATIH SECARA PROFESIONAL SEJAK USIA 15
Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying merai kemenangan dengan jurulatih mereka Jeremy Gan dan Chin Eei
Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying merai kemenangan dengan jurulatih mereka Jeremy Gan dan Chin Eei
Membawa impian bapa dan jurulatihnya, Liu Ying telah berlatih secara profesional sejak berusia 15 tahun di bawah jurulatih Jeramy Gan, yang percaya dia mempunyai kelebihan untuk menjadi pemukul dunia. Dan dia adalah betul.
MENGALAMI KECEDERAAN LUTUT SEMENJAK TAHUN 2008
goh-liu-ying-fakta 10
Liu Ying dengan kecederakan lutut sebelum pembedahan
Melihat prestasinya dalam Sukan Olimpik, adalah sukar untuk melihat Liu Ying sebagai seorang yang baru sahaja pulih dari pembedahan, selepas mengalami kecederaan lutut sejak 2008. Dia sepatutnya melakukan pembedahan beberapa tahun lalu, tetapi menangguhkannya kerana komitmen sebagai pasukan kebangsaan.

0 comment... add one now