10 Negara Harga Rokok Termahal di Dunia, Cecah RM65 Sekotak!

Bagi perokok, kena GST atau harga minyak naik tidak mengapa bagi mereka. Asalkan bukan harga rokok yang naik.
Suatu ketika dahulu, harga sekotak rokok boleh didapati sekitar harga RM2.70 sekotak. Sekarang ni melambung naik sampai RM18 sekotak.
Tapi, bukan Malaysia sahaja yang naikkan harga rokok, negara luar juga lakukan perkara yang sama sehingga mencecah puluhan ringgit sekotak.
Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Deutsche Bank pada tahun 2015, berikut merupakan 10 negara yang mencatatkan harga rokok yang paling tinggi di dunia.

10. Sweden – $8.15 (RM32.92)

Harga rokok di Sweden dijual dengan harga agak mahal iaitu $8.15 (RM32.92). Walaupun sudah banyak kali dibahaskan sama ada untuk mengharamkan rokok di sana, namun masih tiada lagi tindakan diambil.

9. Papua New Guinea – $8.23 (RM33.61)

Kajian yang dilakukan oleh PNG mendapati, pengeluaran rokok di sana semakin menurun. Kesan akibat merokok semakin membimbangkan di sana. Kerajaan di sana juga menaikkan harga rokok untuk mengurangkan jumlah perokok.
part-of-the-retailers-stock-of-cigarette-brands

8. Switzerland – $ 8.77 (RM35.43)

Tindakan tegas oleh kerajaan negara tersebut berjaya mengurangkan jumlah perokok. Kempen anti-merokok diberi perhatian dan mengharamkan banyak tempat awam sebagai kawasan larangan merokok. Cukai dan harga rokok dinaikkan menyukarkan lagi perokok. Switzerlan pernah menjadi negara paling banyak perokok di dunia.

7. Perancis – $ 8.83 (RM35.67)

Harga rokok di Perancis sentiasa meningkat setiap tahun. Peningkatan ini sedikit sebanyak menyukarkan perokok untuk membeli rokok dan ramai yang membantah kenaikan tersebut.
Marlboro4wiki2

6. Kanada – $ 9.26 (RM37.41)

Perokok di Kanada terpaksa berhenti merokok kerana cukai yang terlalu tinggi. Harga sekotak rokok di Kanada dua kali ganda jika dibandingkan di Amerika Syarikat.

5. Iceland – $ 9.51 (RM38.42)

Rokok antara barang paling dikawal ketat di Iceland. Untuk membeli rokok di sana, anda perlu menunjukkan kad pengenalan dan mestilah berusia 18 tahun ke atas. Perokok hanya boleh membeli rokok daripada peruncit yang diluluskan sahaja.
dunhill

4. United Kingdom – $ 12.25 (RM49.48)

Dek kerana harga rokok yang terlalu tinggi, ramai yang membeli di luar negara dan menyeludup masuk. Dalam masa setahun, kenaikan harga rokok adalah sebanyak 40 peratus.

3. Norway – $ 14.48 (RM58.49)

Negara ini tidak mencatatkan ramai perokok. Tapi kerana ingin menghapuskan perokok, harga rokok di jual sangat mahal. Dalam masa setahun, perokok di Norway mengahabiskan sebanyak$5,500 (RM22,216.98).
26xp-smoking2-master768

2. New Zealand – $ 14.67 (RM59.26)

Di New Zealand, cukai untuk rokok terus meningkat. Peningkatan cukai bermula tiga tahun lalu dan kini telah meningkat sehingga 40% dengan peningkatan 10 % pada tahun lepas . Harga terkini sekotak rokok ialah $17 (RM68.67)dan telah menyebabkan ramai berhenti merokok.

1. Australia – $ 16.11 (RM65.08)

Harga rokok yang terlalu tinggi di Australia dijangka meningkat $1 (RM4.04) untuk sebatang. Cukai makin meningkat dan menurut kerajaan, kenaikan tersebut dijangka menjejaskan beratus-ratus ribu perokok di negara ini.

0 comment... add one now