Zlatan tunjuk aksi sepakan gunting sebagai amaran kepada musuh United

Zlatan tunjuk aksi sepakan gunting sebagai amaran kepada musuh United

Bintang baharu Manchester United, Zlatan Ibrahimovic telah menghantar satu amaran kepada pemain pertahanan Liga Perdana Inggeris menjelang musim baharu, bulan depan, dengan menyiarkan video yang menunjukkan kemahirannya dari Pantai Venice, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pemain berusia 34 tahun itu cuba mengingatkan peminat bahawa dia masih memiliki ketangkasan, fleksibiliti dan teknik untuk menarik perhatian di England, dengan melakukan sepakan gunting di atas pasir.

Zlatan menimbang bola beberapa kali sebelum melambungkannya ke udara dan kemudian menendang dengan gaya akrobatik voley.

Zlatan memuat naik video tersebut ke laman sosial dengan kapsyen: 'Membuatkan bola sepak nampak mudah di Pantai Venice #swedenvsfrance'.

Bintang baru Manchester United itu sedang bercuti di Los Angeles bersama isteri yang juga model Sweden, Helena Seger, serta dua anak mereka.

0 comment... add one now