Yuna Sumbang Suara Untuk Aplikasi Waze



WAZE merupakan aplikasi trafik dan pandu arah yang digunakan secara meluas di Malaysia dan seluruh dunia.
Jika dahulu pihak Waze menyediakan pilihan nada suara daripada selebriti terkenal Hollywood seperti Elvis Presley, Morgan Freeman, Colonel Sanders dan beberapa lagi.
Kini, terbaharu pihak Waze telah memuat naik suara arahan terbaharu di dalam sistem mereka iaitu menggunakan suara penyanyi terkenal tanah air, Yuna Zarai.
Yuna Sumbang Suara Untuk Aplikasi Waze
Pihak pengeluar minuman susu berkultur Calpis Jepun yang sebelum ini mengangkat Yuna sebagai duta produknya turut bekerjasama dengan Yuna dalam menghasilkan nada arahan Waze menggunakan suaranya.
Yuna Sumbang Suara Untuk Aplikasi Waze
“Saya berasa amat teruja , saya juga menggunakan Waze semasa memandu di Los Angeles dan pergi ke studio. ! Jadi saya tidak akan hilang ” katanya kepada sebuah portal.
Untuk memuat turun suara arahan Yuna anda boleh ke halaman Settings > Sound, dan memilih daripada pilihan pada Navigation Guidance.

0 comment... add one now