Yamaha Avantis Sah di Pasaran Malaysia 22 Julai Ini, Bakal Ganti Ego LC

Yamaha Avantis
SUMBER risikan kami mendedahkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal memperkenalkan model skuter 125cc pada22 Julai ini yang diberikan nama Yamaha Avantis (berdasarkan sebutan sumber). Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan cara sebutan dan ejaan tepat skuter berkenaan.
Apabila ditanya apakah skuter itu Aerox 125LC yang dilancarkan di Indonesia Januari lalu, tetapi jawapannya, tidak. Menurut sumber, Yamaha Avantis seakan mirip Aerox 125LC dan itu bermakna rekabentuk skuter itu tidak jauh berbeza. Khabarnya, skuter itu bakal menggunakan enjin penyejukan udara.
Sebelum ini, Yamaha Avantis sudah dilihat sedang diuji atas jalan raya negara ini. Model ujian itu tampil dengan opsyen dua pilihan warna, biru-perak dan hitam-kelabu tanpa sebarang pelekat grafik. Ada juga rakan kami pernah terserempak dengan skuter tersebut sekitar Rawang. Menurutnya, lampu depan kelihatan seperti Yamaha Tenere 1200, manakala lampu belakang dan fairing  mirip Aerox. Perubahan ketara lain ialah rekaan set badan.

REKAAN SPORTY?

Jika diamati, rekaan Aerox 125LC versi Indonesia kental dengan aura sporty kerana  diilhamkan berdasarkan semangat perlumbaan MotoGP. Sebagai makluman, Aerox 125LC dikuasakan enjin 125cc penyejukan cecair dengan beberapa ciri teknologi MotoGP seperti piston tempaan (forged) dan silinder DiASil (silinder aluminium).
Aerox 125LC juga memiliki desain badan berkarakter motorsport menerusi rekaan lampu, hendal pemegang belakang tersembunyi, pelana perlumbaan, meter kelajuan (speedometer), fender sport, pengatup (shutter) kunci pintar dan suis tongkat pintar (smart side stand switch), yakni ciri yang membuatkan enjin tidak dapat hidup selagi tongkat tidak dinaikkan.
Apapun, kami masih belum dapat memastikan spesifikasi dan penampilan penuh Yamaha Avantis di Malaysia. Nantikan saja maklumat lengkap pada 22 Julai ini. Harga jualan? Mungkin dijual dalam lingkungan harga RM7,000. Apakah kemunculan Avantis bakal menggantikan Ego LC?
Di bawah ialah spesifikasi Aerox 125LCsebagai bayangan Yamaha Avantis yang bakal dilancarkan tidak lama lagi:
Dimensi
P x L x T1857mm x 742mm x 1070mm
Jarak Roda1265mm
Jarak Kelegaan Tanah135mm
Tinggi Tempat Duduk760mm
Berat102 kg
Kapasitas Tangki3. 8L
 Enjin
Jenis EnjinPenyejukkan cecair, 4-lejang, SOHC
Jumlah SilinderTunggal
Kuasa Maksimum8.4kW @ 9000rpm
Tork Maksimum10.4Nm @ 6500rpm
Sistem PenghidupElektrik & Penendang
Sistem Bahan BakarPancitan bahan api
TransmisiV-belt automatik
 Rangka
Tipe RangkaUnderbone
Suspensi DepanTeleskopik
Suspensi BelakangUnit swing
Tayar Depan70/90-14M/C 34P
Tayar Belakang100/70-14M/C 51P
Brek DepanCakera
Brek  BelakangBrek Dram
Sumber : pandulaju 

0 comment... add one now