Wanita kongsi tips pemakaian kanta lekap untuk elak komplikasi

Seorang pengguna Facebook bernama Aisyah Ibrahim telah mengongsi tips penjagaan kanta lekap untuk mengelakkan komplikasi kepada pemakai. Ikuti tulisan beliau.
contact
berdasarkan ilmu yang aku belajar dalam subjek kanta lekap semasa di tahun kedua pengajian, aku rasa kalau kita betul-betul jaga pemakaian kanta lekap ni masalah takkan timbul. Di United Kingdom sendiri, rata-rata ramai yang lebih suka pakai kanta lekap berbanding kaca mata (menurut pemerhatian rakan sekelas akulah) dan setakat dua tahun ini belum pernah aku dengar rakan sekelasku mengalami komplikasi kanta lekap.
Aku malaslah nak cakap panjang-panjang tapi beberapa nasihat untuk adik kakak abang di luar sana:
  1. Jangan beli kanta lekap dalam talian kerana ia dijual oleh bukan pakar optik

Perkara ini aku dah tak larat nak ulang kalau buat juga tak tahulah.
  1. Jangan guna air paip, air masak, air liur atau mungkin air oren untuk cuci kanta dan bekas sekali. Saya ulang, kanta dan bekasnya. Jangan bagi sentuh air langsung. Never. Ever.

Sebab apa? Sebab ada sejenis makhluk ciptaan Allah bernama acanthamoeba yang menetap di dalam air. Lalu apabila anda menggunakan air untuk cuci kanta atau bekas kanta, acanthamoeba lalu melekat pada kanta , kemudian berhijrah lalu menetap pula di mata anda. Kemudian berlakulah sejenis penyakit yang digelar keratitis.
  1. Jangan ulang pakai kanta lekap

Kalau kanta lekap itu dikhaskan untuk pemakaian harian, jangan pula pakai sampai seminggu. Pakai sehari sudah, kemudian buang dalam tong sampah. Kenapa? Kerana kanta lekap untuk pemakaian harian ini dibuat nipis, tinggi kandungan air. Kamu belajar bukan masa di sekolah, jika ia diletak di tengah matahari, ia akan tersejat. Dalam bahasa Inggeris,evaporate.
Begitu juga dengan air yang ada di kanta lekap tersebut. Tujuan air itu ialah untuk memindahkan oksigen ke dalam mata. Bila semua air dalam kanta dah tersejat, maka kanta itu tidak mampu lagi memindahkan oksigen ke dalam mata, kerana itu, kadang kala mata rasa kering.
Panjang pula.
Tulisan Aisyah itu ialah merupakan respon kepada status dan gambar yang dimuat naik oleh MizDya Nieya yang viral  pada akhir tahun lepas kerana mengalami komplikasi pada mata kerana kanta lekap dan terpaksa menerima rawatan di hospital di Kelantan.-

0 comment... add one now