Video Peugeot 508 dipandu laju di lorong berlawanan arah di LDP jadi viral


Ini apa gila pulak ada orang memandu di lorong yang salah di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Video ini dirakam oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Vijay Raj yang menunjukkan kereta yang dipercayayi jenis Peugeot 508 ini sedang bergerak pada kelajuan tinggi di lorong yang salah pada 2 Julai yang lalu.
Vijay Raj mengesahkan yang beliau sedang memandu pada kelajuan 90km/j ketika video ini sedang dirakamkan.
Kalau tengok betul-betul, pada durasi 0:15 dapat dilihat yang kereta ini lalu di hadapan kilang Western Digital sebelum bergerak terus menghala ke tol LDP Sunway-Puchong.
Dapat dilihat pada durasi 0:46 ketika kereta Peugeot itu melalui jambatan gergasi yang menjadi ikon sambungan antara LDP dan juga Lebuhraya Persekutuan.
P/S: Gila lah! Mabuk ke apa mamat ni. Suka-suka dia je lalu salah laluan. Siap bawak laju gila tak ingat pulak tu!
Video Peugeot 508 dipandu laju di lorong berlawanan arah di LDP jadi viral

0 comment... add one now