Video masa terpantas tukar tayar F1 berjaya dicipta pasukan Williams

Pit Stop
F1 merupakan sukan permotoran motor yang paling tinggi tahapnya di dunia ini. Sedikit sahaja kesilapan, dapat membawa kepada kekalahan pasukan itu sendiri.
Untuk memenangi grand prix bukan sahaja pemandu, malah banyak lagi elemen-elemen yang memainkan peranan yang penting seperti tayar, teknologi enjin, penukaran tayar dan sebagainya.
Di sini nak kongsi video masa terpantas yang pernah dicatatkan ketika penukaran tayar semasa perlumbaa F1 European Grand Prix….
Rekod ini telah berjaya dicipta oleh pasukanWilliams dengan catatan masa 1.92 saat. Bagaimana pun perlumbaan yang berlangusng diThe Baku City Circuit, Azerbaijan ini telah dimenangi oleh Nico Rosberg dan pasukanMercedes.
Seperti yang dapat dilihat di dalam video diatas, 4 biji tayar yang ditukar tu sangat pantas sampai tak boleh kelip mata masa tengok video ni.
Pujian diberikan kepada pasukan Williams kerana hasil kerjasama krew-krew hentian stop mereka yang gigih berjaya memecahkan rekod lama.

0 comment... add one now