Video lukisan terkenal Van Gogh 'Starry Night' menggunakan teknik dark water ebru, lihat apa terjadi!

Garip Ay Lukis van Gogh
Vincent van Gogh merupakan seorang pelukis dari Belanda yang aktif pada pertengahan 1800-an sehingga penghujung abad tersebut. Kerjayanya sebagai seorang pelukis tidak begitu menjadi tetapi kematiannya yang penuh kontroversi pada usia 37 tahun mula menarik minat kritik dari seluruh dunia.
Sepanjang menjadi pelukis selama lebih dari 10 tahun, lebih daripada 2100 karya seni termasuk 860 lukisan minyak dihasilkan oleh beliau. Teknik lukisannya masih lagi menjadi inspirasi dan ikutan pada masa sekarang.
Video di atas ini menunjukkan seorang artis dari Turki dengan nama Garip Ay menghasilkan lukisan terkenal van Gogh dengan nama Starry Night dan potret van Gogh menggunakan teknik‘Dark Water Ebru Technique’ yang menarik.
Saksikan sendiri keindahan teknik Dark Water Ebru ini digunakan untuk menghasilkan imej terkenal Starry Night. Sangat indah!

0 comment... add one now