Video Kisah Sedih Penghujung Karier P. Ramlee, Hidup Melarat Sampai Hanya Makan Nasi Putih Berlauk Telur


Siapa tidak kenal dengan nama P. Ramlee?

Boleh dikatakan dari segenap generasi, sebut sahaja nama itu, semua akan tahu siapakah P. Ramlee. Mana tidaknya, dengan karya lagu dan filemnya yang tidak putus-putus ditayang dan diperdengarkan, mana mungkin nama P. Ramlee lapuk ditelan dek zaman.

Namun siapa sangka, disebalik nama yang gah itu, ada cerita yang menyedihkan disebalik penghujung karier seniman agung itu.

Kejatuhan P. Ramlee bermula dengan kemasukan karya-karya asing dan juga beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kejatuhan nama beliau. Ianya sangat teruk sehingga P. Ramlee dikatakan terpaksa hidup dalam kemiskinan. Lebih teruk, pernah satu ketika P. Ramlee di 'boo' ketika naik ke pentas untuk membuat persembahan.



Memetik video dari History Channel, rakan pelakon P. Ramlee, arwah Aziz Satar menceritakan perihal kewangan P. Ramlee yang teruk di penghujung kariernya.

"Hidup dia melarat, kesian. Kali terakhir saya pergi rumah dia, saya tengok.. dia makan nasi dengan telur je

"Nama dia besar. Orang tahu P. Ramlee siapa. Tapi hidup dia melarat.", kata arwah.


Difahamkan juga, kerana kesuntukan wang, P. Ramlee terpaksa mengambil kerja sebagai penyanyi di majlis perkahwinan, menjadi juruacara pentas dan menjadi pengadil untuk pertandingan lakonan.


Namun, biarpun hidupnya sesak, P. Ramlee tetap bersifat pemurah. Rakan pelakon P. Ramlee, arwah Mariani Ismail, yang juga kakak ipar kepada P. Ramlee menceritakan tentang kemurahan hati arwah.

"Kalau dia ada duit, katakan dia ada 200 kat dalam kocek. Satu hari orang datang. Orang tu kata : 'Bang, saya susah ni nak balik kampung tak ada duit', semua dia kasi"

"Saloma tercegak. Saya ada masa tu. Saloma cakap : 'Eh, Daddy.. kenapa daddy kasi semua? Ini hari hari minggu... mana ada bank buka.

"Tak apa, itu rezeki dia... Saya tak apa-apa.. jawab P. Ramlee."

Tonton dokumentari berdurasi lebih sejam itu di sini.




0 comment... add one now