(Video) Dr. M Umum Parti & Pakatan Pembangkang Baharu


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan pakatan pembangkang baru yang akan dianggotai oleh parti politik pembangkang bagi menewaskan Barisan Nasional pada PRU14.

Menurut Dr. M, pakatan itu akan disertai oleh DAP, PKR dan Parti Amaah Negara serta sebuah parti baharu yang akan ditubuhkan oleh beliau dalam masa terdekat dengan matlamat utama : menumbangkan BN.

Tambah beliau juga, pakatan itu belum mempunyai nama khusus kerana masih dalam peringkat perbincangan dan semua parti yang bernaung dibawah pakatan itu akan bekerjasama dan bergerak sebagai badan tertinggi menyusun strategi menjelang PRU-14.

Sementara itu, parti baharu yang akan diasaskan oleh beliau itu juga masih belum mempunyai nama khusus. -Siakapkeli.my

Sumber : Utusanchannelnewsasia.com


0 comment... add one now