Video: Detik Cemas Matador Popular Victor Barrio Maut Dirodok Lembu Sangat NGERI!

victor
SEORANG penjaga lembu (matador) popular Sepanyol, Victor Barrio maut selepas dirodok lembu ketika membuat persembahan di hadapan penonton di sebuah gelanggang di Madrid, semalam.
Victor cedera parah apabila tanduk lembu jantan dengan berat 500 kilogram itu menyusuk dan merabak bahagian dadanya selepas dia terjatuh ketika melakukan aksi yang menjadi rutin biasanya itu.
Matador berusia 29 tahun itu disahkan mati di tempat kejadian. Berpengalaman menjadi matador sejak 2008, kematian Victor merupakan insiden pertama di kalangan penjaga lembu sejak 31 tahun lalu. 



0 comment... add one now