Video: Aksi Mat Redho Lepasi Halangan Ninja Warrior Tersebar Viral

Video: Aksi Mat Redho Lepasi Halangan Ninja Warrior

SIAPA yang tak kenal Mat Redho, lelaki Malaysia pertama yang berjaya memasuki program hiburan-sukan-permainan televisyen, Sasuke Vietnam atau lebih dikenali sebagai Ninja Warrior.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan, 28, selepas aksi videonya melepasi semua halangan peringkat pertama program tersebar menjadi viral.
Untuk pengetahuan anda, Mat Redho yang juga merupakan bapa kepada seorang anak ini, sekali lagi berjaya membuktikan kehebatannya apabila lulus semua halangan peringkat kedua.
Dalam peringkat kedua, Mat Redho perlu melepasi lima halangan yang kebanyakkannya menguji kekuatan tangannya.
Video aksi tangkas Mat Redho dalam peringkat kedua kini turut tersebar menjadi viral di media sosial.
Rata-rata netizen dilihat memuji kebolehan dan semangat yang ditonjolkan Mat Redho ketika menyertai program itu.
Kejayaan ini sekali gus melayakkan Mat Redho bersama kumpulannya yang sinonim memakai T-shirt hitam ke peringkat seterusnya.
Difahamkan, peringkat ketiga telah pun berlangsung pada Khamis lalu.
Pun begitu, Mynewshub masih belum mengetahui sama ada Mat Redho bersama kumpulannya berjaya lulus atau tidak.
Apa pun, sama-sama kita doakan untuk anak muda ini berjaya hingga ke akhir program itu iaitu peringkat keempat.


Terdahulu, Mat Redho pernah memegang gelaran Juara Fear Factor Malaysiagandingan bersama pelakon Erin Malek. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now