TMJ kongsi kisah cinta pandang pertama dengan Che Puan Khaleeda

TMJ kongsi kisah cinta pandang pertama


"Ia cinta pandang pertama," luah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menceritakan pertemuan pertama beliau dan isteri, YM Che Puan Khaleeda Bustamam.

Menurut Tunku Ismail, Che Puan Khaleeda tidak mengetahui beliau kerabat diraja ketika mereka bertemu buat pertama kali.

"Ibunya bekerja di bahagian pendidikan kedutaan Malaysia di England dan dibesarkan di sana selama enam tahun.

"Apabila dia (Che Puan Khaleeda) pulang ke Malaysia, dia tidak tahu siapa saya sebab ketika itu saya merupakan salah seorang daripada pemain polo, dan tidak dikelilingi dengan pengawal.

"Kemudian kami berbual dan saya mengambil nombornya," jelas beliau dalam rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu.

Tunku Ismail selamat diijabkabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014. Pada 25 Jun lalu, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Tambahnya lagi, keluarganya sentiasa mengingatkan beliau untuk sentiasa merendah diri.
"Saya cuba sedaya upaya untuk merendahkan diri dan akan berkelakuan seperti seorang keluarga diraja apabila perlu. Namun saya memilih untuk bersikap jujur.  Saya suka untuk menjadi diri sendiri," katanya.

Sumber - Astroawani 

0 comment... add one now