Tips Rahsia Tidur Dengan Mudah, No More Insomnia!

shutterstock_172728239
Gambar : shutterstock

Sesetengah orang mengalami masalah sukar untuk tidur malam biarpun kala di pejabat mata asyik nak terlelap dan mulut tak henti menguap.

Ia ibarat satu masalah yang mana tubuh dan otak tidak berhenti bekerja dan terus menerus aktif. Tubuh dan minda perlukan rehat seketika dan tidur adalah waktunya. Tubuh perlu dapatkan tidur yang cukup agar tidak mudah letih keesokan harinya.

Jadi, saya kongsikan tip mudah tidur dengan secepatnya di rencana ini untuk anda cuba.

Bangun dan lakukan sesuatu dalam masa 10 minit.
Jika anda terjaga pada waktu malam dan sukar untuk kembali terlena dalam masa 15 minit, bangun dan lakukan satu aktiviti yang memerlukan pergerakan tangan dan otak, seperti bermain jigsaw puzzle atau aktiviti mewarna. Elak dari menonton TV dan skrin paparan digital kerana cahaya biru terbukti boleh  menyekat melatonin, hormon yang mendorong tubuh kita tidur.

Pastikan bilik dengan pengudaraan yang dingin.
Ketika tidur terlena, suhu tubuh kita akan turun sedikit, yang mana pakar percaya yang ianya membantu proses tidur dengan lebih panjang. National Sleep Foundation menyarankan agar suhu kamar tidur pada 15°C ke 20°C kerana ia adalah kondisi tidur yang paling selesa. Rahsianya adalah dingin, gelap dan kamar yang selesa. Bilik tidur yang gelap memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan melatonin dan sekaligus menghantar signal pada tubuh bahawa ia adalah waktu untuk tidur. Melatonin mendinginkan suhu dalaman tubuh yang mana akan sampai pada point yang paling rendah sekitar jam 2 dan 4 pagi.

Pakai stokin ketika ingin tidur.
Pengkaji mendapati yang kaki dan tangan yang berada pada suhu suam adalah prediktor terbaik untuk tubuh terlena dengan secepatnya. Dalam kajian itu, seorang pengkaji meletakkan botol air panas pada bahagian kaki, yang mana ia boleh melebarkan saluran darah di permukaan kulit, dan dengan itu ia meningkatkan kehilangan haba.

Mendengar lagu.
Kajian mendapati bahawa muzik klasik atau atau muzik yang mempunyai ritma perlahan boleh membantu anda untuk tidur. Yang baiknya lagi adalah ia mampu mengurangkan simptom tekanan.

Rendam wajah di dalam air sejuk selama 30 saat.
Jika anda bimbang atau bermasalah sebelum tidur, cara yang terbaik mungkin adalah dengan rendam wajah dengan air yang dipenuhi ais. Apabila anda berada dalam keadaan yang sedar sepenuhnya, sistem saraf anda sangat memerlukan penetapan semula untuk kembali tenang. Menenggelamkan muka anda ke dalam semangkuk air sejuk dipanggil Mammalia Dive Reflex, yang merendahkan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Kemudian anda akan kembali lena dengan sistem yang lebih menenangkan.

1 comment... add one now