Tips Petua Mudah Melegakan Sakit Tekak Dan Batuk



Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang dijual di farmasi adalah :
1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.
2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Asam jawa ni elok untuk menyejukkan tekak.
3) Kumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.
4) Jus Timun – Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau malas nak kisar, kupas je kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak.
Ni antara 4 petua mudah yang boleh korang amalkan andainya terasa tekak tidak selesa mahupun batuk-batuk ketika musim jerebu ni. Selalunya puteri lebih suka amalkan cara yang keempat tu sebab puteri suka makan timun. Dan memang selalunya cara tu sangat berkesan untuk puteri.
Korang ada penawar lain untuk sakit tekak dan batuk? Kalau ada, sudi-sudikanlah berkongsi di ruang komen di bawah ni.

0 comment... add one now