Tips Nak Jaga Baju Putih Kekal Seperti Baharu



Baju warna putih paling susah nak jaga. Senang nampak kotor dan kusam. Kalau tak pandai jaga, memang hilang seri putih baju tu, tapi jangan risau, kami ada beberapa tips mudah dalam penjagaan baju berwarna putih.  Ikut okay tips dekat bawah ni.
 
1)Jangan campur baju putih dengan baju warna lain. Asingkan.
 
2) Dah nak bilas pakaian tu, korang kena tambah perahan jus lemon dan beberapa titisan cuka dalam air. Sebab? Haa cara ini boleh menghilangkan kotoran degil dan menampakkan baju kelihatan putih seperti baharu.  Jangan risau, bau cuka akan hilang sebaik sahaja pakaian korang kering
 
3) Rendam pakaian dalam air panas. Tapi kena lihat pada jenis kain juga, kalau material boleh tahan panas, korang boleh ikut cara ini. Air panas boleh menghilangkan kesan kotor tanpa perlu menyental pakaian tersebut.
 
4) Kalau kotoran masih tak hilang juga, basuh semula dan gunakan perahan lemon ke atas baju tersebut.

Sumber mediasosialkini

0 comment... add one now