Tips Mudah Simpan Duit Untuk Orang Bergaji Rendah

Mungkin diantara kita sering kali mendengar kawan-kawan mengeluh apabila tibanya hujung bulan dimana duit hanya sekejap je telah habis. Kalau anda pun dalam kategori berikut pasti anda impikan jalan keluar dari isu ini. Lebih lagi jika gaji anda dalam kategori rendah.


Satu artikel yang saya telah terbitkan untuk membantu anda untuk menyimpan duit untuk orang bergaji rendah. Diharap anda boleh amalkan sebanyak mungkin dan disiplin moga moga rezeki anda menjadi lebih berkat.

1. Hapuskan Hutang Anda Terlebih Dahulu.

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.

Anda akan mendapati bahawa menghapuskan h utang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.

Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur. Dah tahu banyak hutang jangan lah anda menambahnya lagi, bukan senang kita nak menyelesaikan hutang.

2. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.

Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?

Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.
Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.

Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tersebut tetapi kena ingat cari ilmu dahulu sebelum melabur kalau tak tersontot macam sikit cepat kaya, MLM semua tu.

3. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.

Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”

Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.

Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.

Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda mungkin akan merasa kecewa.
Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan dan setiap tahun.

Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

4. Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.

Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.

Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.

YA. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.

Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.

Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.

KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja.

Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda.

5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.

Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.

Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.

Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.

Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.

Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.

Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.Tak pon, kita boleh rekod dalam buku sahaja supaya setiap duit keluar masuk tersebut.

kita boleh tahu pergi kemana. Dari situ kita boleh kesan duit keluar berlebihan.

6. Nilai Semula Matlamat Simpanan Anda.

Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai.

Berapa banyak bezanya?

Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda?

Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan.

Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.

Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan anda.

Jika anda rancang dalam 2 tahun anda beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk anda beli

7. Kurangkan Perbelanjaan Anda.

Dah rekodkan perbelanjaan anda?

Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu.

Anda mungkin akan terkejut apabila anda melihat kembali rekod perbelanjaan anda: RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak anda).

Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan.

Dan yang anda boleh kurangkan.

Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar.

Apa yang penting?

Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.

Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.

Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu berapa banyak anda dapat jimat.

Cari Pendapatan Part Time.

Dah tahu gaji kecil, cuba lah cari side income seperti meniaga online, sabtu ahad kerja part time, jadi agent dropship atau lain-lain lagi yang boleh tambahkan pendapatan kita.

8. Buat Bajet Anda Sendiri

Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda.

Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan.

Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.

Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan membelanjakan RM30 sebulan pada wayang / coklat / kopi / dan lain-lain.”

Buat sekali budget tahunan, tulis semua tahun tu anda nak beli apa atau segala aktiviti yang mengunakan duit.

9. Berhenti Menggunakan Kad Kredit.

Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.

Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.

Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.

Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.

Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda.

Anda rasa nak guna je, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu.

Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.

Kad kredit tidak semestinya jahat.

Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.

Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.

Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda membelanjakan wang.

Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.

10. Letak Duit Dalam Balang

Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang masing-masing.
Untuk kereta, untuk minyak, untuk makan minum… Letak dalam balangnya sendiri.
Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu.

Pergh, anda mesti nampak betapa cepatnya duit tu habis.

Dan disebabkan itu, anda akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit.

Menyimpan duit warna dalam balang, sebagai contoh warna hijau Rm5. Kalau anda dapat sahaja duit Rm5 jangan guna terus masuh sahaja dalam tabung tersebut sebagai simpanan anda.

11. Lihat Jika Anda Boleh Mencari Akaun Bank Dengan Kadar Dividen Yang Lebih Tinggi

Senang je nak faham kan point ni?

Cari bank yang boleh bagi dividen yang lebih tinggi.

Cuba buat dalam bentuk carta ke. Itu cara termudah untuk tahu mana bank yang boleh tawarkan dividen yang tinggi.

Cuba lihat pelaburan berisiko rendah tetapi mempunyai dividen yang tinggi. Tabung Haji juga menawarkan peratus yang tinggi. Satu lagi ialah Bank Rakyat.

Cuba anda tengok semua pilihan yang ada.

12. Bayar Diri Sendiri Dahulu.

Simpanan harus menjadi keutamaan anda.

jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda takkan simpan.

Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun tabung anda.

Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah dengan mendepositkan 10% setiap kali gaji yang anda dapat dalam akaun simpanan.

Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun anda ke akaun anda yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya)

13. Jangan Mudah Kecewa atau Berputus Asa.

Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Dan untuk menjadi jutawan adalah mustahil. Tapi bayangkan… sedikit demi sedikit anda menyimpan.

Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Anda akan dapat nampak duit yang dsimpan… yang sedikit itu… mula bertambah.

Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda. Jadikan tabiat menyimpan sebagai hobi anda dan anda akan seronok bila tengok duit makin bertambah dalam simpanan anda. Tetapi ingat jangan sampai kedekut sampai takut nak bersedekah, sebab sedekah itu adalah pembuka pintu rezeki kita. Islam pon cakap kalau nak kaya dan banyak duit perbanyakkan bersedekah.

14.Ambil Perlindungan Takaful/ Kad Perubatan.

Bila kita sudah ada banyak simpanan, kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya kad perubatan supaya kalau berlaku perkara tidak diingini, kita tidak perlu mengeluarkan dan mengunakan duit simpanan kita tersebut. Sebagai contoh kalau kita masuk hospital disebabkan patah kaki bermain bola sepak kita, sekurangnya kos pembedahan semua itu lebih kurang RM20,000. Agak- agak senang tak kita nak menyimpan RM20,000 tersebut.

Mesti susahkan, sebab tu saya galakkan yang anda perlu megambil kad perlindung takaful hanya bayar lebih kurang RM80- RM100 sahaja setiap bulan. Ramai golongan orang muflis disebabkan terpaksa membayar bill rawatan hospita dan mengambil personal loan.

Akhirnya baru mereka menyesal kalau tahu ambil kad perubatan secepat mungkin. Jadi penting tak kad perubatan tersebut?

15. Tip Terakhir

Bila anda dapat duit raya, jangan lupa simpan duit raya tu! Terutama sekali bila anda masih kecil.
Masa tu anda boleh dapat banyak dan bila anda dah besar, susah nak dapat duit raya banyak.Selalunya saya dapat time kecil-kecil Rm300 duit raya. Banyak kan? Tapi semuanya habis dibelanja. haha

P/S : Di harap tip–tip ini boleh membantu anda dalam masalah kewangan anda.

0 comment... add one now