Tips Mudah Gosok Baju Jimat Masa, Jimat Elektrik, Kedutan Pun Cepat Hilang



Pernah gosok baju berjam-jam, kedutan masih belum hilang? Kami ada DIY mudah untuk korang semua bagaimana cara mudah untuk hilangkan kedutan pada baju dengan cepat. Senang je , jimat eletrik jimat masa kot! Jom ikut cara mudah ini.
 
Bahan yang perlu disediakan:
Papan seterika
Seterika
Kepingan aluminium (foil)

Bagaimana melakukannya:
1. Tanggalkan dahulu sarung papan seterika.
2. Letak kepingan aluminium di atas papan seterika anda dan pastikan bahagian yang berkilat diletak pada permukaan atas.
3. Sarungkan kembali alas atau sarung papan seterika seperti biasa.
4. Panaskan seterika dan mula gosok pakaian seperti biasa. 
5. Tahukah anda ketika proses menggosok pakaian ini,  akan berlaku pemanasan haba pada permukaan kepingan aluminium. Disebabkan itu, ia membantu menghilangkan kedutan pada kedua-dua belah permukaan baju dengan cepat. Kedutan bahagian belakang pun hilang! Tak perlu susah-susah gosok dibahagian belakang baju dah. Senang kan? 
 
Tips mudah ini bantu anda untuk jimat masa dan juga jimat tenaga elektrik. Balik rumah boleh cuba buat, yang penting kena ada kepingan aluminium okay !

 Sumber Impiana.my

0 comment... add one now