Tips Mencegah Kecurian Kenderaan Anda

Image result for tips cegah curi kereta

MUNGKIN ramai di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan yang disayangi. Tentu menyusahkan pemilik kerana disini maklumat-maklumat yang mungkin dianggap remeh tetapi sebenarnya penting sebagai peringatan.

Anda sebagai pembaca juga boleh memberikan pendapat mengenai langkah-lankah mencegah kehilangan kenderaan kerana pencuri sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan kereta yang mereka inginkan.
Tips Mencegah Kecurian Kenderaan
GAMBAR HIASAN
Faktor yang sering berlaku kecurian juga berlaku akibat kecuaian si pemilik kenderaan. Malah si pemilik meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam, tidak dikunci dan meninggalkan barang berharga di kenderaan.

Tips mencegah kecurian kereta:

1. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.
2. Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
3. Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh. Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
4. Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya ditempat-tempat pemasangan yang bertauliah. 



0 comment... add one now