Tips Beraya Di Rumah Bakal Mertua


Pasangan anda ajak datang beraya rumah dia?
Rumah bakal mertua anda tu?
Anda tak takut ke?
Mesti anda tengah terfikir-fikir nak pergi ke tak beraya rumah si dia. Kalau anda tak berani nak pergi, it’s ok. Mungkin anda belum bersedia lagi.
Tetapi kalau anda betul-betul serius dalam percintaan, anda rasa nak pergi beraya rumah si dia, di sini saya kongsikan tips yang boleh anda gunakan semasa beraya di rumah si dia nanti.
1. Steady
Anda tak perlu rasa cuak untuk pergi beraya rumah dia. Buat rilek je. Anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lagi pun anda pergi untuk beraya, bukannya anda pergi nak buat benda jahat pun. So tak perlu anda rasa takut-takut nak datang beraya rumah bakal mertua anda tu. Mereka tak makan orang lah. Mereka makan kuih raya.
2. Kemas
Pakaian yang anda pakai tu mestilah kemas. Kalau boleh, pakai baju kemeja yang elok sikit. Jangan pakai baju tshirt lusuh, koyak sana sini, siap ada lambang tengkorak lagi. Sangat-sangatlah tak sesuai untuk datang beraya rumah orang. Kalau saya tengok pun akan pandang dua tiga kali siap cakap lagi, “Dia ni nak datang tengok konsert ke, atau nak datang beraya?”
3. Rapi
Pastikan juga rambut anda disikat rapi. Lebih elok kalau rambut tu pendek. Barulah nampak kemas. Biar bakal mertua anda tu tengok anda ni nampak segak, tampan dan bergaya. Tak selekeh. Kalau adik-beradik dia tengok pun rasa kagum sebab anda kelihatan hensem.
4. Buah tangan
Jangan datang dengan tangan kosong. Walaupun anda datang untuk beraya, tetapi bawa la sikit buah tangan apabila anda datang beraya rumah si dia nanti. Kalau anda rasa tak tahu nak bawa apa, belilah buah epal ke, buah anggur ke, atau pun buah limau yang boleh anda beli dekat shopping complex.
5. Masa
Pastikan anda menjaga masa anda. Kalau anda beritahu si dia yang anda akan datang pukul 2 petang, pastikan yang anda sampai tepat pukul 2 petang. Kalau nak sampai awal pun boleh, dalam 5-15 minit. Tetapi jangan sampai awal sangat sebab takut family dia tak ready lagi. Dan yang penting sekali, jangan sampai lewat. Kalau lewat, anda gagal. Tolak 1 markah.
6. Saudara-mara
Sebab selalunya masa beraya ni ramai saudara-mara atau kawan-kawan family dia datang rumah untuk beraya. Jadi lebih baik anda deal awal-awal dengan pasangan anda yang anda akan datang pada sekian-sekian waktu. Sebab tak nak la nanti bila anda datang ke rumah dia, sekali tengok-tengok ramai pula saudara-mara dia ada dekat rumah tu. Anda yang tadi mula-mula okey, terus jadi segan pula nanti menjawab soalan-soalan killer dari makcik-makcik dia.
7. Teman
Kalau anda rasa tak berani untuk pergi sorang-sorang, bawalah teman (wingman). Mungkin anda boleh ajak kawan baik anda ke, atau pun adik-beradik anda ke, untuk pergi teman beraya rumah si dia. Sekurang-kurangnya tak adalah anda rasa kekok bila tiba-tiba anda tak tahu nak berbual apa dengan parents dia nanti. Sebab bila kita duduk sorang-sorang ni, kita mudah mati akal bila dah habis point untuk berborak. Jadi bila ada teman tu, ok lah sikit.
8. Hormat
Ketika sampai rumah dia nanti, pastikan yang anda hormat bakal mertua anda dan adik-beradik dia. Jangan hanya hormat pada ibubapa dia saja sebab adik-beradik dia pun mainkan peranan juga nanti. Sebab kebiasaannya, ibubapa akan tanya pendapat adik-beradik yang lain tentang diri anda. Jika anda hanya mengambil hati bakal mertua anda saja dan mengenepikan adik-beradik dia yang lain, anda silap. Anda gagal lagi sekali.
9. Duit Raya
Kalau anda sudah bekerja, pastikan anda bagi duit raya untuk adik-beradik dia. Tetapi berikan kepada mereka yang masih bersekolah saja. Yang sudah bekerja tu, tak perlu la bagi. Untuk bakal mertua anda pula, tak perlulah bagi duit raya. Mereka bukannya perlukan pun. Oh ya, kalau anda nak naikkan saham anda, bagi la duit raya tu depan parents dia. Bagi ketika anda sudah nak balik.
10. Tenang
Ketika duduk makan bersama dengan family dia nanti, anda perlu tenangkan diri. Jangan kelam kabut. Apabila berborak dengan family dia pun, berborak pada topik yang anda tahu saja. Jangan cerita topik yang berat-berat yang sampai buat orang lain pun rasa meluat. Cari topik yang santai-santai yang semua orang faham. Lagi bagus kalau anda boleh borak topik yang berkaitan dengan minat family pasangan anda.

0 comment... add one now