Tersebar Foto Proton Extrema Bakal Menjadi SUV Pertama Malaysia?


BEBERAPA keping gambar yang didakwa sebagai model kenderaan utiliti sport (SUV) pertama dari Proton mula tersebar luas di laman sosial sejak semalam.

Kenderaan SUV yang mempunyai reka bentuk iras-iras model popular Honda HRV dan sedikit elemen BMW X6 ini dikhabarkan sebagai Proton Exrema.
Menurut sebuah sumber, Extrema adalah berdasarkan SUV konsep daripada Lotus APX yang pernah dipamerkan oleh proton suatu ketika dahulu.
Menggunakan kod nama Youngman SUV, ia telah dibangunkan oleh anak syarikat Proton Lotus Engineering dan telah sedia dipandu uji di China.
Tiada perincian lebih lanjut didedahkan namun memetik sumber di laman blog automotif Paultan.org,ia dijangka akan dilancarkan pada 1 April 2017, selepas pelancaran model terbaharu Pedana, Persona dan Saga.
Dibahagian hadapan kenderaan SUV ini, ia kelihatan seperti sebuah kenderaan kontemporari, dengan lampu utama xenon bersama lampu posisi LED, gril besar dengan logo Proton dan skid plate berwarna perak.
Pada bahagian belakang pula, ia ditampilkan dengan ekzos dan lampu belakang yang nampak lebih teratur serta padanan roda 19-inci.
Proton Extrema Bakal Menjadi SUV Pertama Malaysia?
Proton Extrema Bakal Menjadi SUV Pertama Malaysia?
Kabinnya pula agak menarik, dengan papan pemuka dan tempat duduk berwarna coklat, serta banyak kekemasan menggunakan elemen perak bagi memberikan penampilan yang lebih elegan dan eksklusif.
Dijangkakan Extrema akan dijanakan oleh enjin baharu Proton iaitu 1.5 liter pengecas turbo dan suntikan-terus TGDI, dengan konfigurasi paling berkuasa, yang mampu menghamburkan kuasa 180hp dan tork 250Nm.
Apa pendapat anda tentang langkah Proton yang ingin memperkenalkan model sebegini di pasaran?
Bagi kami, reka bentuk kenderaan SUV ini tampak ‘kuat’ dan kelihatan setanding dengan kenderaan SUV import seperti Porcehe Cayenne, BMW X6 35i dan Nissan Murano. Harapan kami juga agar model ini berjaya menempah nama bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara juga.
Bak kata orang dulu-dulu, tepuk dada tanya selera, kalau benarlah berita ini, maka sebagai rakyat Malaysia kita patut memberi sokongan dan mungkin ia membuka peluang kepada peminat dunia permotoran tempatan untuk memiliki sebuah SUV dengan harga yang lebih murah berbanding model import. 
Sumber - paultan.org 

5 comments.. read them below or add one

Abam Kie Abam Kie Julai 31, 2016
skrg selesa guna preve...
khai khai Ogos 01, 2016
design macam cun...mantap gak...
shame soul shame soul Ogos 01, 2016
Wah cantik dalam & luar